CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kantoi 2 Kali Rakam Perempuan Mandi

31-3-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3008| Komen: 0

Polis menahan lelaki berusia 25 tahun selepas didapati merakam seorang wanita mandi.

Suara.com melaporkan, Ketua Polis Samboja, Yusuf berkata, suspek berinisial YK merupakan seorang penduduk dari Samboja yang terletak di Kalimantan Timur.



YK mengaku bersalah merakam wanita mandi di sebuah kafe. - KlikKaltim

YK merakam mangsanya ketika wanita itu mandi di sebuah kafe di Kampung Sei Merdeka, Samboja.

Mangsa yang mandi dalam keadaan tidak berpakaian terkejut apabila menyedari terdapat sebuah telefon bimbit di siling bilik air.

Dia kemudian keluar dan menemui YK sedang memegang telefon bimbitnya.

“Mangsa menelefon polis dan setelah memeriksa telefon bimbit YK, terdapat dua video yang memaparkan mangsa,” kata Yusuf.

YK tidak dapat melarikan diri dan mengaku bahawa sudah dua kali merakam mangsa di tempat yang sama.

Dia kemudian dibawa bersama bukti ke Ibu Pejabat Polis Samboja. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.027901 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top