Seorang wanita mendakwa suaminya memalsukan kematian sendiri bagi membolehkannya hidup dengan tenang bersama perempuan simpanan. Anessa dari San Diego, California di Amerika Syarikat mendakwa, dia dimaklumkan bahawa suaminya membunuh diri selepas lima bulan mereka tidak tinggal bersama.
Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian dia terkejut apabila mendapati suaminya masih hidup. Lebih mengejutkan apabila suaminya tinggal di Mexico bersama perempuan simpanan menerusi hubungan yang terjalin selama enam tahun. Perkara itu didedahkannya menerusi satu perkongsian video di laman TikTok. Suaminya, Tim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, "Saya tidak memalsukan kematian saya sendiri. Maksud saya, walaupun mendengar itu adalah perkara paling tidak masuk akal yang pernah saya dengar dalam hidup.
"Saya diminta untuk berpisah kerana kami berada di Miami dan kononnya ibunya koma selama berbulan-bulan," katanya. Menerusi video yang lain, Tim turut menafikan dia mempunyai perempuan simpanan. "Saya tidak pernah menipu mana-mana wanita dalam hidup saya, terutama Anessa. "Saya bertemu dengan tunang saya selepas Anessa meninggalkan Miami," katanya lagi. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT