CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pope Francis Sesak Nafas, Dikejarkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Paru-Paru

31-3-2023 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3081| Komen: 0

Pope Francis dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan dikejarkan ke hospital di Rom, Itali.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Vatican, beliau dilaporkan mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini, namun disahkan negatif COVID-19.



AP

"Paus yang berusia 86 tahun itu memerlukan rawatan hospital yang bersesuaian selama beberapa hari", tambah kenyataan itu.

Pope Francis ditemani beberapa pegawai tertinggi termasuk pengawal peribadi di Hospital Gemelli, lapor BBC.

Ini merupakan musim paling sibuk Pope Francis tahun ini, dengan pelbagai acara dijadualkan untuk beliau hadiri terutamanya ketika Easter yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Upacara keagamaan Palm Sunday dijadualkan pada hujung minggu ini diikuti Holy Week serta perayaan Easter minggu hadapan.

Beliau turut dijangka mengadakan lawatan ke Hungary pada hujung April nanti.


Baru-baru ini, Pope Francis dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda akibat masalah berkaitan lututnya.

Beliau juga telah menjalani pembedahan bagi merawat masalah kolon pada tahun 2021 dan pada Januari tahun ini, beliau berkata, masalah itu telah berulang.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088676 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top