CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tengok Depan Mata Penolong Ketua Kampung Mati Ditembak 20 Das

31-3-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3400| Komen: 1

Kejadian tembakan di Pattani, Selatan Thailand, pada Rabu meragut nyawa seorang penolong ketua kampung.

Dalam kejadian, dua lelaki dilapor melepaskan lebih 20 das tembakan.


Gambar hiasan

Ketua Polis Wilayah Pattani Pol Mej Jen Archan Chansiri berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu, mangsa berusia 50 tahun ditembak di hadapan isteri.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat baru habis kerja.

"Dua lelaki yang bersembunyi di tepi jalan telah melepaskan tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat untuk memastikan mangsa maut di tempat kejadian," katanya pada satu sidang media di sini.

Beliau menambah bahawa pistol milik mangsa turut dilarikan suspek.

Archan berkata, polis sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki suspek termasuk meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 31-3-2023 02:49 PM
Apa kes ni?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.029410 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top