CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mati Selepas Buat Pembedahan Besarkan Payudara, Keluarga Tuntut Pampasan RM1.29 Juta Daripada Klinik

30-3-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16074| Komen: 38

Polis melancarkan siasatan ke atas sebuah klinik berikutan seorang pelanggan meninggal dunia selepas enam jam menjalani pembedahan pembesaran payudara.

Sesi pembedahan itu selesai pada 23 Mac lalu, di sebuah klinik di wilayah Nonthaburi dekat Bangkok, Thailand.


Peguam bahagian undang-undang Jabatan Kesihatan, Chatri Pinyai berkata, pembesaran payudara dianggap sebagai pembedahan besar tetapi klinik itu hanya mempunyai lesen untuk melakukan pembedahan kecil.


Foto: Thaiger

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa menuntut pampasan sebanyak 10 juta baht (RM1.29 juta) daripada klinik tersebut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 37 tahun mula batuk selepas menjalani pembedahan pada pukul 11 malam.

Mangsa kemudian mengadu sakit belakang.

Memetik laporan ThaiRath, kakak mangsa mendapati adiknya tidak sedarkan diri pada pukul 4 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


Bedah siasat awal mengenal pasti terdapat pendarahan di bahagian payudara sebagai punca kematian mangsa.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada ia merupakan akibat daripada pembedahan pembesaran payudara.

Dalam pada itu, peguam turut memberitahu klinik tersebut juga mengiklankan pembedahan payudara secara haram melalui Facebook.

Menurut Balai Polis Wilayah Nonthaburi, mereka sedang menghimpunkan maklumat siasatan dan akan membentangkan penemuan kes pada Jumaat. - CARI

Sumber: mStar/ Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-3-2023 05:11 PM
Baru terpikir nak membuatnya...
Quote Perawankota 31-3-2023 12:14 AM
Tolong lah jgn besorkan… tak der manfaat pon.. sakit belakang, nak carik baju pon payah..
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:22 AM
agak2 dpt tak saman tu
Quote epal_putih 31-3-2023 06:37 AM
Buat apo la nk besarkan sgt
Susah tau
Quote pokokmeranti 31-3-2023 07:46 AM
Perawankota replied at 31-3-2023 12:14 AM
Tolong lah jgn besorkan… tak der manfaat pon.. sakit belakang, nak carik baju pon payah..

apa tujuan nak besarkan? nak tunjuk pada orang kan? baju x cukup kain atau kecik mmg xde masalah.
Quote pokokmeranti 31-3-2023 07:46 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 30-3-2023 05:11 PM
Baru terpikir nak membuatnya...

jgn buat...nanti senget sebelah...
Quote sangbara2020 31-3-2023 08:25 AM
kalau nk bg tegang mcm ank dara tu taruk filler ke
Quote primarikey 31-3-2023 09:38 AM
Beso2 nk bawak p mane
Quote Lily_Elizabeth_ 31-3-2023 09:46 AM
pokokmeranti replied at 31-3-2023 07:46 AM
jgn buat...nanti senget sebelah...

Hihi.

Tapi kan boobies ni if kecik cemetot tak best.
Quote pokokmeranti 31-3-2023 09:56 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 31-3-2023 09:46 AM
Hihi.

Tapi kan boobies ni if kecik cemetot tak best.

yang kata tu laki atau pompuan?
Quote Lily_Elizabeth_ 31-3-2023 09:58 AM
pokokmeranti replied at 31-3-2023 09:56 AM
yang kata tu laki atau pompuan?

Diri sendiri le kate.
I fomfuan.
Kecik sangat macam budak darjah enam.
If segar sikit baru lawa pakai baju.
Nampak curvy.
Quote green~tea 31-3-2023 10:44 AM
Alahai.. kalo dpt 1.29 juta pun takkan hilang kedukaan hilang org tersayang
Quote mamajawie 31-3-2023 03:07 PM
haduh, lumur je la minyak belacak konfem tegang ketek tu..
Quote mamajawie 31-3-2023 03:08 PM
green~tea replied at 31-3-2023 10:44 AM
Alahai.. kalo dpt 1.29 juta pun takkan hilang kedukaan hilang org tersayang

memang takkan hilang kak teh tapi family dia la tumpang senang jd jutawan..hehe

Quote syamzana 31-3-2023 03:13 PM
sekejap je sempat merasa tetek beso.
klinik cokia mana laa dia p ni.
Quote ally9970 31-3-2023 03:25 PM
Tek besar dan tegang ni keseronokan kepada pasangan tuan punya tek tu...
Quote ifanonline 31-3-2023 03:28 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 30-3-2023 05:11 PM
Baru terpikir nak membuatnya...

boleh buat, but cari doktor yg bertauliah...dekat USA berlambak, takde pula yg mati...pi siam memang mendapat la
Quote ifanonline 31-3-2023 03:29 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 31-3-2023 09:58 AM
Diri sendiri le kate.
I fomfuan.
Kecik sangat macam budak darjah enam.

flat sangat tu...kalau lelaki nampak, confirm kena reject...mcm tetek lelaki gemok, man boobs...
Quote darkness 31-3-2023 04:22 PM
Jangkitan kuman atau badan alergy dengan air garam kut.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050796 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top