CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzue Islam Pengacara Terbaharu Muzik Muzik 38

30-3-2023 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12820| Komen: 7

Izzue Islam diumumkan sebagai pengacara terbaharu, program Muzik Muzik 38 (MM38), yang akan mula bersiaran pada Ahad ini di TV3.

Izzue ketika ditemui berkata, ini adalah pencapaian di luar jangkaan buatnya secara peribadi, dalam bidang pengacaraan.


Foto: IG

"Sejujurnya, saya tak pernah terfikir akan berada di posisi sebagai pengacara untuk program ikonik ini. Saya anggap ini sebagai rezeki saya dalam bidang pengacaraan.

"Bila ditawarkan untuk menjadi pengacara program MM38 ini, memang saya akui, ada rasa gementar juga. Saya tonton musim-musim terdahulu dan kebanyakannya, pengacara program ini adalah secara berpasangan," katanya.

Menurutnya, dia juga meminta tunjuk ajar produksi terutamanya penerbit untuk memastikan, ada kelainan yang ditampilkan.



"Konsep kali ini juga berbeza kerana tak ada band dan cuma ada saya sebagai pengacara dan juga tetamu-tetamu jemputan. Jadi, saya ada minta tunjuk ajar daripada pasukan produksi untuk bantu saya.

"Saya akan cuba tampilkan kelainan. Hari ini, kami akan mulakan rakaman untuk episod pertama. Saya akan cuba lakukan yang terbaik," katanya.

Penerbit Eksekutif MM38, Muhammad Sufian Che Isa berkata, pemilihan Izzue adalah bersesuaian dengan beberapa kriteria di samping ingin menampilkan kelainan dalam program ini.



"Izzue menepati beberapa kriteria antaranya, dia memiliki ramai pengikut, popular dan berpenampilan menarik. Jadi, harapnya, dengan adanya Izzue, kita dapat melihat peningkatan dari sudut rating.

"MM38 menampilkan Izzue secara solo kerana durasi untuk MM38 hanya 22 minit. Jadi, kami yakin, Izzue dalam mengikut rentak pengacaraan sesuai dengan durasi itu.



"Selain itu, kami juga ingin menambah warna dalam program ini dengan konsep yang lebih segar," katanya.

MM38 bersiaran setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV3 membawakan beberapa kelainan antaranya, segmen baharu, Muzik Mania, yang akan memberi ulasan mengenai konsert artis tempatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 30-3-2023 05:02 PM
serba tak fokus. nak jadi pelakon ke penyanyi ke pengacara ke...
walhal berlakon watak baik ok, watak jahat pun ok (patahnya sebelah sayap dgn umi nazeera dan aeril zafrel).
Quote dudaberhias 30-3-2023 05:07 PM
Sebab herlokkk dan pandai berlakon walaupun takde aura macam hero lain. Iols setuju gittewww! Lagipun izzue jenis buat hal sendiri je dan dia bukan jantan berbulu banyak yang suka dengki mendengki kat hero lain macam si mamu sabut nyoq. Lepastu dia pun tak mencapub kulu kilir.
Quote I.K.A888990 30-3-2023 08:23 PM
ok la dia jadi pengacara
nnt tgk la kut hauk aku yuko je la channel
Quote OyenLemas 31-3-2023 12:00 PM
sebelum ni siapa ek?
Quote takayama 31-3-2023 12:38 PM
entah knp otak kaka hr ni x center plk
sah sah tulis MM tp kaka lak baca melodi
Izzue ni yg paling kaka igt dia berlakon cerita oh my English ganu jd adik tizz
hrp dia dpt buat yg terbaiklah
Quote nirwana 31-3-2023 01:40 PM
pelakon versatile. best dia dalam Nasi Kerabu Untuk Cik Abe
Quote Hoola 31-3-2023 02:05 PM
ok, achik shetuju shebulat shuara
bckground he as penyanyi too utk program muzik, walaupun.....but ok la tu
go go go izzue isleee  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038380 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top