Adam Shahz menasihati rakan-rakan selebriti yang berdepan dengan masalah rumah tangga untuk membuat persediaan awal mengenai soal kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Melihat ramai rakan selebriti yang melalui kepincangan rumah tangga Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, turut tidak terkecuali menzahirkan rasa simpati.
Sebagai anak seni yang turut berdepan dengan isu yang sama, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu berpendapat pelakon tidak selamanya dihujani tawaran lakonan. "Apa yang boleh saya kongsikan adalah supaya rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga untuk menjaga silaturahim antara suami, isteri dan keluarga. "Namun, siapalah saya untuk mengulas panjang kerana saya juga turut berdepan dengan masalah rumah tangga. Sebab kita tahu sekarang ini mungkin ada yang tertekan, bukan saja kerana tawaran kerja kurang tapi persaingan pun makin sengit.
"Dulu, lepas engkau, engkau lagi. Sekarang lepas dia, dia lagi. Ia sudah berpusing. Jadi kita sebagai pelakon memerlukan persediaan yang secukupnya, sebab saya nampak ramai yang melalui proses ini. "Benda inilah antara punca keretakan rumah tangga. Saya harap rakan-rakan di luar sana lebih bersedia dengan situasi ini," kata Adam.
|
SalenaGomez: Berapa eh umur dia sbb nampak ...
ADVERTISEMENT