CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Anak Maut Dalam Kebakaran- "Mereka Pesan Nak Baju Raya Warna Hitam"

30-3-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10205| Komen: 19

Muar: Ibu kepada empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini, malam tadi tidak dapat menahan kesedihan apabila mengenangkan tragedi yang menimpa keluarganya.

Nabila Sedu, 31, yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dilihat mencium dan mendakap baju tadika anaknya dan kerap mengesat air mata.

Nabila memaklumkan dia amat terkilan tidak sempat membeli kelengkapan baju raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Foto: Harian Metro

"Ada (pesanan) dari anak... mereka hendak baju raya warna hitam...," katanya sambil mencium baju anaknya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Nabila dan suaminya, Thein Ko Htut, 30, gagal selepas mereka tergesa-gesa meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik HPSF.

Pasangan itu menetap di rumah sewa di Kampung Sabak Awor bersama empat anak sejak empat tahun lalu.




Dalam kejadian malam tadi, empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Sabok Awor ketika cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di dapur.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dilaporkan berkata, siasatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas dipercayai bermula dari dapur.

Beliau berkata, mayat kesemua kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk bedah siasat.

Kejadian yang berlaku jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 30-3-2023 04:36 PM
Beratnyaa dugaan.. anak anak dah seronok kat syurga.. tunggu mak Dan ayah..  aku sbb tuu kemana mesti angkut anak sekali wpun dah besar.. kalo nak mati biarlaa dgn aku sekali.. tak mampu hidup kalo mcm ni
Quote tahanie 30-3-2023 06:02 PM
Berat mata memandang. Semoga ibu ayah kuat
Quote aienul 30-3-2023 06:23 PM
Allahu, semoga ibu bapa nya sabar dan kuat. Sedihnya semua sekali kena 'ambil'.
Quote minahmanja 30-3-2023 06:27 PM
Kat mana nk baca detail citer ni.. byk kemusykilan..
Quote shy79 30-3-2023 06:31 PM
sori tertinggal mrt..
mana mak bapak depa masa tu?
baru lepas waktu berbuka kan time tu
Quote mejaputih 30-3-2023 06:35 PM
minahmanja replied at 30-3-2023 06:27 PM
Kat mana nk baca detail citer ni.. byk kemusykilan..

Ada kat thread satu lg
Quote mejaputih 30-3-2023 06:39 PM
Ni thread nye .
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5159385&extra=page%3D1&mobile=2
Quote jazaa100 30-3-2023 07:10 PM
Dia ni bangsa apa ekkk....
Hb dia rupa mcm bangla, tapi nama bkn bangla
Quote wikedsaikel 30-3-2023 08:06 PM
jazaa100 replied at 30-3-2023 07:10 PM
Dia ni bangsa apa ekkk....
Hb dia rupa mcm bangla, tapi nama bkn bangla

Tv cakap myanmar dan duduk sini 4 tahun.
Quote capwayang 30-3-2023 10:39 PM
Edited by capwayang at 30-3-2023 10:40 PM

..bukan kena ikut tinggal di negara suami ke sebab ada jiran ni anak dia 2 orang berkahwin dengan warga India sekali tu imigresen datang ke rumah dan tak lama kemudian tu depa berdua ni dengan suami masing-masing dah tak kelihatan rupanya dah kena halau balik ke India..
Quote doridori_hi 30-3-2023 11:13 PM
Salam takziah
Semoga di permudahkan urusan
Quote LoveSungmin 31-3-2023 02:42 AM
[tiktok]7216330803838487814[/tiktok]
Quote stingeramadhan 31-3-2023 03:16 AM
Innalillah...

Salam takziah...semoga diberi kekuatan, kesabaran dan redho...

Quote liyamariska 31-3-2023 05:45 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:09 AM
Salam takziah
Quote Madel 31-3-2023 06:59 AM
Bapak rupa bangla tapi nama mcm org Vietnam?
Nama anak2 pun ???
Musykil sungguh.
Apa pun bergembira la ditaman syurga wahai anak2.
Quote duri_durians 31-3-2023 10:00 AM
Madel replied at 31-3-2023 06:59 AM
Bapak rupa bangla tapi nama mcm org Vietnam?
Nama anak2 pun ???
Musykil sungguh.

myanmar.. nama Htet/ Htut/ Thein tu biasa nama myanmar

Vietnam - Nguyen/ Anh/ Duy/ Van/ Duc/ Dang
Thailand - Somchai/ sak/ Boon/ Poon/ Nak/ Nok/ muang/ tisuk
Quote Decaffeinated 31-3-2023 10:28 AM
'Thein Ko Htut'

Kalau nama Myanmar muka bangla tu most probably Rohingya la.

Quote aHoi83 31-3-2023 10:33 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055981 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top