CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gatal Teruk! Wanita Sengsara Terkena Jangkitan Kurap Selepas Adopt Kucing

30-3-2023 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6720| Komen: 20

Seorang wanita terpaksa menahan sengsara akibat terkena jangkitan fungus atau kurap berpunca daripada kucing yang dipeliharanya.

Bukan sekadar tangan, kurap turut berlaku di beberapa anggota tubuhnya sekali gus menjadikan dirinya agak trauma.


Nadiatul Akmal berkata, dia sememangnya mengetahui bahawa kucing yang ingin dipeliharanya (adopt) terkena jangkitan fungus selepas diberitahu oleh pemilik haiwan tersebut.


Foto: mStar

"Waktu saya ambil, badannya (kucing) 20 peratus saja ada bulu. Bahagian lain dah kena jangkitan fungus. Sebelum saya adopt, owner dah beritahu.

"Saya pun buat carian dekat internet tentang macam mana nak merawat kucing yang dijangkiti fungus sebab saya tak ada pengalaman langsung.

"Banyak orang cakap kita kena pakai glove tapi ada yang cakap tak payah. Saya pun tak pakai masa mandikan dan beri ubat kepadanya. Bermakna, saya terkena ni menerusi sentuhan langsung," katanya kepada mStar Online


Pada peringkat awal, tangannya dinaiki bintik merah kecil namun dia tidak menyedari bahawa ia adalah simptom awal kepada jangkitan fungus.

"Saya pun garu dan ia makin naik sehingga merebak sebesar saiz syiling 20 sen. Sepatutnya pada peringkat ini, kalau ada tanda merah, cepat-cepat sapu ubat... insyaAllah ia takkan merebak.

"Bila dah mula gatal-gatal, saya macam 'in denial' dan fikir mungkin saya terkena 'pox'. Seminggu saya guna krim sapu yang tiada kena mengena dengan fungus dan tak sembuh.

"Bila ia jadi teruk, dah ada tiga bintik merah, dekat perut pun ada, saya pergi klinik sebab nak pastikan betul ke ia jangkitan daripada kucing. Dan doktor sahkan saya kena jangkitan daripada kucing," cerita jurutera perisian ini lagi.

Ujarnya, dia kemudian menggunakan ubat sapu yang diberi oleh doktor namun masih tidak menampakkan hasil, sekali gus membuatkannya melakukan carian di internet mengenai ubat yang sesuai untuk jangkitan fungus.

"Saya menggunakan kombinasi krim Creobic Gold, Betamethasone dan makan kapsul biozole yang diberi doktor. Alhamdulillah dalam masa dua hingga tiga minggu, jangkitan fungus saya akhirnya pulih.

"Boleh pergi beli krim dekat farmasi. Tapi jangan sampai dah teruk baru sapu ubat. Kalau teruk, pergilah klinik cepat-cepat," ceritanya.

Merupakan seorang pencinta kucing, Nadia bagaimanapun berkata ini adalah kali pertama dia terkena penyakit yang berpunca daripada si bulus.

"Memang trauma sebab gatal sangat. Yang kena saja tahu. Tapi ini tidak bermakna saya serik nak adopt kucing, cuma saya serik jika dengan kucing berpenyakit.

"Tak sangka video saya meletup dekat TikTok. Ada yang marah, konon saya salahkan kucing. Sebenarnya ia berkait dengan antibodi juga. Saya jenis cepat sakit, memang senang terkena.

"Cuma yang nak bela stray cat... boleh. Kita membantu kucing dapat pahala. Tapi pastikan kalau tak tahu (merawat penyakit), tanya orang yang tahu. Atau banyakkan buat carian di internet, dekat komuniti Facebook pun banyak share.

"Saya kongsi video tu bukan untuk takutkan orang yang mahu bela kucing, saya share sebab ada yang tak tahu pasal jangkitan ni... saya nak orang berjaga-jaga supaya mereka tahu rawatannya," kongsinya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 30-3-2023 04:52 PM
alalal siannya...
harap2 dua2 cepat smebuh mama and anak bulus
Quote sarahmirza 30-3-2023 05:02 PM
Sebelum tidur sapu satu badan dgn krim aoscabs. Biar sampai pagi... Pakai sekali tu je..

Tp kalau tak puas hati jugak, dh sapu aoscabs, hari2 sapu krim bactroban pulak..
InshaAllah, seminggu dh baik..
Quote bakingsoda 31-3-2023 09:42 AM
eiii mcm sporo je tu, sporo jgn main2 mmg la takde kes mati kalau biar jd cam kucing sampai bintik2 tu jd berdarah basah berbulan ko kena makan ubat
Quote zehra2 31-3-2023 09:46 AM
ya laa ni mcm sporo. bkn fungus biasa2 sbb dia merebak..
staf klinik pun pnah jangkit sporo dari kucing. sebulan mc. dari tgn merebak 1 siku.
Quote lurve82 31-3-2023 10:35 AM
adoi risau plak...aku baru planning nak bela kucing sekor ni..
Quote isseliparjepun 31-3-2023 10:44 AM
Once dah buat keputusan adopt cat, bawalah ke vet untuk check up kesihatan. Itu yang I buat. Anak bulus, anak bulus I pun ada sporo so kami bagi ubat sporo berbulan. Ada la 3 4 bulan. Ambil vaksin, ubat kutu dengan cacing, neuter lagi. Bersedialah dengan belanja belanja ya cat parents sekalian.
Quote ifanonline 31-3-2023 10:45 AM
hati2 bela binatang dari jalanan, sebab binatang pun boleh kena HIV/AIDS
Quote zehra2 31-3-2023 10:59 AM
jgn la pulak bila ada kes camni, buang pulak meow yg kita pelihara.
bela la sekor dua buat penenang hati. jgn jd mcm kita ni laa dah terperangkap banyak ni haha. dh jd mcm shelter.
kita byk pelihara kucing tua, buta, yg sakit2 ni lah. nasib vet pun dekat je. staf klinik pun baik
tp begitu lah kehidupan. dlm rezeki kita, ada rezeki utk yg lain.
Quote aint 31-3-2023 11:13 AM
ni jenis ringworm... mmg bole jangkit pd manusia...

sebaiknya, jika adopt atau beli kucing, terus bawa ke vet utk check up...

cam kes ni, sian, niat nak tlg kucing tp terkena...  

yg previous owner pun, takde duit ke nak rawat kitten tu dulu sblm bg kt org...
Quote bulanbulat 31-3-2023 11:22 AM
sarahmirza: Sebelum tidur sapu satu badan  ...


Kenapa krim scabies berkesan untuk jangkitan kulat pulak?
Quote bakingsoda 31-3-2023 11:28 AM
ifanonline replied at 31-3-2023 10:45 AM
hati2 bela binatang dari jalanan, sebab binatang pun boleh kena HIV/AIDS

hiv equivalent utk kucing namanya fiv. tak affect manusia pon. biasanya kucing fiv ni hingus pekat meleleh 24 jam, penat haih nak cuci bekas hingus berterbangan. sporo ni bahaya sbb boleh berjangkit ngan manusia, jgn sesuka hati pegang kucing kalau jumpa yg ada luka esp kat hidung dan kaki.
Quote ifanonline 31-3-2023 11:32 AM
bakingsoda replied at 31-3-2023 11:28 AM
hiv equivalent utk kucing namanya fiv. tak affect manusia pon. biasanya kucing fiv ni hingus pekat ...

nak bela binatang biarlah di luar rumah, jgn bela dlm rumah...

wanita2 yg suka bela kucing dlm rumah akan di reject oleh aku...
Quote Fly_over 31-3-2023 11:44 AM
murni ya hati sheols. tau kucing tu berkucap tetap amek nak bela.. iols follow fb free adopt cat. selalu bgaduh sbb kucing local xde org nk amek. yg bulu panjang beribu2 rebut.
Quote Simunggu 31-3-2023 11:46 AM
Edited by Simunggu at 31-3-2023 11:47 AM

ringworm kucing..bahaya ni
Quote shernazz 31-3-2023 11:56 AM
Anak sedara iols pernah kena Gini..dah la.umo baru setahun masa TU..teruk sangat kurap.dia..campur dgn eczema.dia.lagi..
Habis badan dia...naseb la cepat bawa ke klinik...
Quote Normiang-Baru 2-4-2023 09:18 AM
Bila kucing x dicucuk…
Quote Supersirap 2-4-2023 09:20 AM
Nasib baik sudah sembuh
Quote honeybee1802 2-4-2023 09:37 AM
Kucing tu bwk pi vet tak sistur?kalo mmg nak jaga kucing tu mmg wajib le bwk..takleh main petua2 tiktok je...
Quote kemaruk 2-4-2023 10:00 AM
Bangkem takleh bayangkan ler kuching yang dah main kat luar rumah masuk dalam longkang, kambus taik, gaduh dengan anjing, makan babi

Pastu owner panggil balik bawak naik katil tidur sama

Ewwwwww

Bangkem suka kuching jugak tapi takdelah pengotor macam tuuuu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.124179 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top