CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Raja Turun Berat Badan 10kg Gara-Gara Sakit Gerd

30-3-2023 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3360| Komen: 3

Wan Raja mendedahkan berat badannya turun sebanyak 10 kilogram (kg) bukan sebab diet sebaliknya akibat masalah gastrik kronik atau refluks gastroesofagus (Gerd) yang dihidapinya.

Menurut Wan Raja atau nama sebenar Saiful Redzuan Abu Bakar, 44, dia mendapat penyakit gastrik kronik itu sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.


Foto: IG

"Saya kurus kerana masalah GERD ini kerana tidak boleh makan sebarangan kerana jika tersalah makan ia membawa kesan yang teruk. Contohnya, saya tidak boleh makan 'coleslaw' KFC yang juga makanan kegemaran sejak dulu.

"Bila kurang makan, badan saya juga turun dari 80 kilogram kepada 70 kilogram sekarang," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas penyakit Gerd itu lagi, kata Wan Raja, dia juga pernah mendapat serangan 'anxiety' yang teruk hingga tidak boleh tidur, dada mencucuk dan nafasnya menjadi pendek.

"Saya juga mengelakkan memandu dalam jarak jauh atau 'out station' kerana bimbang dengan penyakit dihidapi.

"Malah, saya juga terpaksa meminta seorang kawan menemani ketika menjalani penggambaran telefilem di luar Kuala Lumpur pada tahun lalu," katanya.


Sementara itu, mengenai filem Gold pula, Wan Raja berkata, dia diberikan kepercayaan melakonkan watak legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dalam filem itu.

"Saya tidak berfikir dua kali untuk berlakon dalam filem ini kerana memang meminati filem genre sukan dan mahu bekerja dengan pengarah terkenal, Adrian Teh.

"Saya juga buat kajian untuk menjiwai watak Misbun yang juga idola dengan bertanya mengenai karakter beliau menerusi ahli keluarga dan mereka yang rapat dengannya iaitu Penerbit filem Raja Azmi dan Roslin Tahir," katanya.


Filem genre sukan, drama dan patriotik, Gold terbitan Astro Shaw dan Art 2 Pictures ini menampilkan barisan pelakon seperti Jack Tan, Farid Kamil, Wan Raja, Freddie Ng, Lynn Lim.

Filem ini menceritakan kisah benar pemain badminton, Cheah Liek Hou yang menghidap 'brachial plexus paralysis' (kebas saraf brakial) tetapi berjaya mencipta sejarah memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-3-2023 03:46 PM
Muka mamat neh ada satu angle TU mcm mike shinoda plak..haha
Quote mh17 31-3-2023 06:13 AM
mcm muke SS bumi tak bulat
Quote Suchi 31-3-2023 06:21 AM
FK jadi sapa weh dlm pilem nih,berlakon pilem biografi plak dah dia skrg nih.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044774 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top