CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Strok, Tak Boleh Jalan, Pakai Lampin Pakai Buang- Dua Abang Buang Bapa, Tinggalkan Terkontang-Kanting Bawah Rumah Adik

30-3-2023 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7979| Komen: 96

Seorang wanita tergamam selepas menyedari bapanya yang sudah lanjut usia dibiarkan terkontang-kanting di tingkat bawah kediamannya.

Menurut Anita atau Ceqta, dia hanya menyedari kehadiran warga emas itu selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan pada petang 23 Mac lalu.


"Kami ada empat beradik. Tiga lelaki, seorang perempuan. Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan, 5.30 petang, pengawal keselamatan ketuk pintu rumah aku.

"Pengawal beritahu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir sejam. Dua lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan (saya) akan turun ambil," katanya seperti dipetik di mStar.




Ceqta terkilan dengan tindakan dua abangnya kerana sanggup 'membuang' bapa mereka dengan cara sedemikian rupa.

"Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati dan iman korang? Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit.

"Ayah strok, tak boleh jalan, pakai lampin pakai buang, kau buang ayah macam ni je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik, letak ayah baik-baik kat rumah aku, bukan campak macam ni.

"Ni orang tua, yang lahirkan kita, yang jaga kita sampai dah besar panjang. Tapi macam ini korang balas jasa ayah. Allahuakhbar, akhir zaman. Hilang pertalian pun aku sanggup, tapi bukan hilang orang tua," luah Ceqta lagi.

Di aplikasi TikTok, Ceqta turut memuat naik video, memaparkan bapanya yang sedang duduk menunggu bersama sebuah beg pakaian di bawah kawasan kediamannya.

Tambah Ceqta, dia tidak berniat untuk mencari publisiti, sebaliknya berharap ramai yang akan mengambil iktibar daripada kejadian itu.

"Aku kongsi kisah hidup aku bukan sebab nak viral. Cuma aku mohon anak-anak yang masih ada orang tua, hargailah selagi mereka masih ada.

"Jangan menyesal apabila orang tua kita dah tak ada nanti. Aku mohon yang tengok video TikTok ni, doakan kesihatan aku untuk berbakti pada ayah," ujarnya.

"Sis jangan nangis. Bergembiralah, pintu syurga untuk dirimu.

"Kalaulah syurga neraka boleh nampak, tak ada manusia berani buat dosa.

"Ya Allah luluh hati tengok video ni, teringat arwah ayah," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 30-3-2023 02:34 PM
Aku tak expect waktu tua aku, anak² aku akan bela aku.

Ada yang kata kahwin biar tak sunyi bila tua....tapi aku tengok banyak orang tua hidup sunyi...bila ko dah tua orang dah tak nak kau. Lagi tambah dgn sakit jadi beban.

Simpan la duit dan jaga kesihatan untuk hari tua
Quote PULANGKAN 30-3-2023 02:39 PM
"Aku kongsi kisah hidup aku bukan sebab nak viral. Cuma aku mohon anak-anak yang masih ada orang tua, hargailah selagi mereka masih ada.


bukan sebab nak viral katanya

nyah. Iols pun jaga orang tua stroke, lumpuh, pakai lampin pakai buang jua
dibuang anak-anak beliau. ni Iols bertaraf cucu jaga dengan penuh kasih sayang, tapi takde le awok nak bagitau ummah sedunia

tau2 je dah ada kat rumah
anak2 takleh jaga sebab tengah renovate rumah katanya, susah nak jaga orang tua lumpuh. harey punye makcik. dia taktau, atok aku hari2 dok menyumpah deme anak beranak. lantak korang

aku mandikan, tukar lampin, amikkan wudhuk, letak kat ruang tamu, kipas kecik sebelah. settle solat, tanya nak makan ke idok, jawabnya idok. nak puasa
pastu on tv, drama/ movie melayu kat astro. lena terus orang tua tu.
terima kasih kepada pengarah, pelakon, dan produksi tempatan yang buat cerita melayu cliche dan membosankan, ia membantu atok saya berehat dan tidur lena di ruang tamu
Quote PULANGKAN 30-3-2023 02:41 PM
naya pak maon. tiberh je aku sembur pilem tempatan dengan kata-kata nista di bolan mulia ini
Quote doridori_hi 30-3-2023 02:42 PM
Ada lalu fyp tt iols, Allahu sedih anak perempuan dia tgk, abah dia ditinggal kt security tu dekat sejam..
Quote doridori_hi 30-3-2023 02:43 PM
[tiktok]7216151831385672965[/tiktok]
Quote Themilo 30-3-2023 02:47 PM
B40tastePosh replied at 30-3-2023 06:34 AM
Aku tak expect waktu tua aku, anak² aku akan bela aku.

Ada yang kata kahwin biar tak sunyi bila tu ...

weols pun pikir macam tu. weols akan gunakan wang pencen & jual rumah untuk support kehidupan kat rumah orang tua-tua kelak.
Quote babelina 30-3-2023 02:52 PM
i ols laki bini jer.. ank pn xde.. nanti i ols jaga laki.. laki jaga i ols.. hrp2 xde la penyakit2 teruk2 dh tua nanti.. amin yra..
Quote nw111 30-3-2023 03:08 PM
babelina replied at 30-3-2023 02:52 PM
i ols laki bini jer.. ank pn xde.. nanti i ols jaga laki.. laki jaga i ols.. hrp2 xde la penyakit2 t ...

Sooner or later salah sorang akan mati dulu..cepat atau lambat..tak selamanya kita dpt hidup dgn pasangan kita...rezekilah kalau dpt mati sekali sbb eksiden..
Quote B40tastePosh 30-3-2023 03:09 PM
Edited by B40tastePosh at 30-3-2023 03:11 PM
Themilo replied at 30-3-2023 02:47 PM
weols pun pikir macam tu. weols akan gunakan wang pencen & jual rumah untuk support kehidupan kat  ...


Malam tadi tengok perubatan Islam...Jin tu kata manusia paling banyak muslihat dan tak boleh dipercayai berbanding Jin...kita dah tahu Jin banyak muslihat tapi Jin tu kata manusia lagi banyak helah, muslihat, menipu, lepss kahwin cerai.

So, aku rasa memang betul..jangan letakkan sepenuh pengharapan dan kepercayaan pada manusia walaupun pada isteri dan anak2.

Sebagai lelaki kena belajar juga kemas rumah dan memasak.

Anak2 masa kecik janji manis berjanji depan guru, berjanji depan tuhan nak jaga mak bapak tapi diri sendiri struggle dgn kehidupan..mak bapak buang

Kita ni yg kena siap sedia belajar urus diri, belajar memasak, belajar lipat kain , kemas rumah etc..jgn harap pada orang untung nasib diri kita..lagi2 di saat kudrat dah kurang
Quote zehra2 30-3-2023 03:21 PM
aku jaga
arwah nenek masa nk tggu posting duu
arwah adik masa tgh buat master
laa ni jaga mak pulak..
bertabah laa. sbb aku ni andartu.
masa tua nanti nak tinggal kat rumah persaraan je..
jd org tua yg berpenyakit mmg menyusahkan yg menjaga kita kalo dia tk ikhlas
Quote She-Ra 30-3-2023 03:28 PM
iols simpan duit, check in rumah2 kebajikan yg ada
tak perlu nak susahkan sesiapa

Allah perluaskan rezeki mereka yg berbakti kepada kedua org tua
Quote Cyempaka 30-3-2023 03:34 PM
Ya sedih. Tp terer ye org sekarang tengah nangis2 sedih pun sempat ambik hp, rakam buat video
Aku kalo sedih, melalak dulu hp ntah kemana.. Kena belajar skill derang ni
Quote PULANGKAN 30-3-2023 05:48 PM
Cyempaka replied at 30-3-2023 03:34 PM
Ya sedih. Tp terer ye org sekarang tengah nangis2 sedih pun sempat ambik hp, rakam buat video
...

exactly

sepantas kilat phone keluar bersama air mata
Quote nw111 30-3-2023 06:17 PM
zehra2 replied at 30-3-2023 03:21 PM
aku jaga
arwah nenek masa nk tggu posting duu
arwah adik masa tgh buat master

Byk pahala u... InsyaAllah hujung hayat u Allah akn permudahkan...you takkan susahkan org..
Quote shy79 30-3-2023 06:27 PM
tak nak viral katanya..
tapi sempat lagi pikir nk rakam ya hmmmm
kalo aku tgh sedih tengah marah, apa pun tak ingat
Quote TabletSusu 30-3-2023 06:30 PM
PULANGKAN replied at 30-3-2023 06:41 AM
naya pak maon. tiberh je aku sembur pilem tempatan dengan kata-kata nista di bolan mulia ini

bukan ke hang puji tu..

xpelah.. dpt jgk atuk hang berehat. semoga hang terus cekal jaga atuk hang ye
Quote AbukRokok 30-3-2023 06:34 PM
Apa cerita sebenar dua abg tu
Dgr cerita sepihak je blh plot twist
Quote krustykrab 30-3-2023 06:47 PM
Themilo replied at 30-3-2023 02:47 PM
weols pun pikir macam tu. weols akan gunakan wang pencen & jual rumah untuk support kehidupan kat  ...

Duduk rmh org tua² ni kan, brp kna byr? Cukup ke duit tu nk tampung byran kat situ sampai ajal..takut pjg sgt umo mcm atok..naya je kalau tak cukup duit
Quote jazaa100 30-3-2023 07:02 PM
krustykrab replied at 30-3-2023 06:47 PM
Duduk rmh org tua² ni kan, brp kna byr? Cukup ke duit tu nk tampung byran kat situ sampai ajal..t ...

Mcm my brother, dia x kawin....
Bila kena stroke, kitorang letak dia kt pusat jagaan.....rm1500pm, sekali susu & diapers lebih kurang rm2500/mth....

Tapi tu rate kt bt pahat.....
Klu kat kl rm3500-rm5k

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top