CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Warga Mongolia Ditahan Ligat Mencopet Di Lapangan Terbang

30-3-2023 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2732| Komen: 3

Tiga warga Mongolia ditahan polis atas dakwaan mencuri wang daripada beg pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Menurut pengarah lapangan terbang, Kittiphong Kittikhajorn, suspek Damdin Jargalsaikhan dan Batmyagmar Urtnasan masing-masing berusia 37 tahun serta Batbold Sambuu, 51, ditahan polis di terminal penumpang Jumaat lalu.



Gambar hiasan/Bangkok Post

Katanya, pegawai mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selepas dua lelaki Jepun, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki Kanada secara berasingan membuat laporan polis.

Mereka kehilangan dompet dan wang tunai dalam beberapa mata wang, antara petang Rabu lalu hingga pagi Khamis.

Nilai wang yang hilang dilaporkan lebih 260,000 baht (kira-kira RM33,618).

Rakaman itu menunjukkan ketiga-tiga suspek bersubahat dengan dua wanita yang masih bebas dengan mengelilingi mangsa.


Wanita terbabit menggunakan baju kot mereka untuk menutup bagasi sebelum mencuri wang tunai dari beg.

Aksi geng itu dirakam berhampiran premis pertukaran mata wang asing selepas mangsa yang dikatakan baru menukar wang dan di dalam lif yang menuju ke tempat letak kereta.

Kittiphong berkata, pihaknya mengarahkan kakitangan keselamatan untuk meningkatkan pengawasan terutama pada waktu puncak.

"Semua penumpang diingatkan supaya berhati-hati dengan barang-barang mereka pada setiap masa," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 30-3-2023 06:54 PM
Mmg ramai puak2 ni skrg ni ye. mohon berjaga2 semua kalau ke airport ke mall tu. handbag besar2 tu tinggal je lah kat rumah.
Quote dudaberhias 30-3-2023 07:56 PM
sampai ke sini theyols buat keje? bukan kah bangsa mongol tu kemain kulu kilir bangga ketuanan genghis khan hebat menjajah tanah2 orang... hujung2 negara kebulur... afghanistan dan taliban tu pun bakal menyusul... tak lama nanti ada la puak2 deme mencopet plak kat mana2 tempat...
Quote SalenaGomez 30-3-2023 08:08 PM
Diorg x tahu ke kat malaysia ada bangsa dia kena bom…jgn brani2 buat hal kat malaysia ya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.078918 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top