CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Mati Tersepit Pintu Lif

30-3-2023 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2944| Komen: 0

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas kepalanya tersepit selama 30 minit di antara pintu lif di sebuah bangunan kediaman empat tingkat, lapor India Times.

Pegawai yang menyedari kejadian itu memberitahu media bahawa kejadian di Vikaspuri, barat Delhi, India itu berlaku pada 24 Mac.



Gambar hiasan

Menurut laporan, dalam kejadian pada Jumaat itu, Ashish mengikut ibunya, Rekha keluar untuk mengumpul pakaian dari rumah ke rumah di dalam bangunan berkenaan. Difahamkan, Rekha memilih untuk menggunakan tangga manakala anaknya menaiki lif sebelum tersangkut.

Bapa mangsa, Ramesh, memberitahu bahawa isterinya kembali ke kedai selepas mengambil pakaian dan bertanyakan tentang keberadaan anak mereka. 

Apabila diberitahu Ramesh bahawa mangsa telah mengikutinya, mereka segera pergi ke bangunan itu dan mencari budak lelaki berkenaan sebelum melihat kakinya sudah tergantung di pintu lif berkenaan.


Timbalan pesuruhjaya polis Ghanshyam Bansal berkata, penilaian menunjukkan bahawa lif itu mungkin tidak berfungsi dengan baik kerana masalah teknikal.

Dia percaya lif itu mungkin mula bergerak ke atas semasa budak itu memasukinya, sekali gus menyebabkan kepalanya tersepit.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.023041 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top