Seorang mak nyah dikenali sebagai Zara Jade mengaku bersalah menikam kekasihnya yang juga seorang wanita. Jade, 54, dari Halifax, West Yorkshire, yang juga mangsa untuk tujuan penderaan dipenjara selepas membuat pengakuan itu.
Selain itu, Jade turut mengambil kad bank milik mangsa serta memaksanya menyerahkan kata kunci sebelum dia pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang. Jade, yang merupakan seorang transgender dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah atas enam kesalahan serangan dan rompakan. Dia bagaimanapun hanya akan menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di sebuah penjara lelaki selepas hakim menjatuhkan hukuman pada Isnin. Dia juga diberi perintah larangan tanpa had yang melarangnya daripada berhubung dengan mangsa, tambah polis. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT