CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Salam Kaut Je, Video Anggota Polis Terima Sesuatu Disiasat

30-3-2023 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3740| Komen: 4

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di Sabah mengesahkan menerima aduan berhubung sebuah klip video tular di media sosial membabitkan anggota polis dipercayai menerima sesuatu daripada seorang individu dalam keadaan mencurigakan.


Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.



"Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas ke atas anggota terlibat dan juga pihak pemberi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Fuad berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu mohon berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Dalam klip video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua anggota polis lelaki dan dua lelaki awam, yang seorang daripada lelaki awam itu menghulurkan sesuatu kepada seorang daripada anggota polis terbabit dalam keadaan mencurigakan di luar sebuah lot kedai dengan bidai ditutup.



Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 30-3-2023 12:42 PM
Jgn risau, selepas ni pemilik video dan mereka yg share video akan disiasat oleh Polis
Quote nakkomenjugak 30-3-2023 02:04 PM
Lohhhhh...
so takde perut buncit sampai meletop ala2 mastika gara2 duit suap??
just terjadi masa heshe nazak jahhh?
Quote Azharitubunga 30-3-2023 02:14 PM
Kes ni bakal terkambus belakang toilet aje kahhh????
Quote PULANGKAN 30-3-2023 02:56 PM
ally9970 replied at 30-3-2023 12:42 PM
Jgn risau, selepas ni pemilik video dan mereka yg share video akan disiasat oleh Polis

begitulah biasanya

whistleblower protection act seperti tidak wujud di Malaysia ni

sama la macam sapa yang report menteri buat kerja sial
sok lusa, satu department lingkup kena buang

sok lusa, mungkin keluar statement,
pegawai polis baru kawen. kawan beliau salam kaut

yang rekod video penguatkuasa tanpa kebenaran, masuk dalam

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.037574 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top