CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Sejak 1 Februari, Ganjaran RM50,000 Kalau Jumpa Akmal

30-3-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4160| Komen: 5

PETALING JAYA – Seorang lelaki menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui atau memberi maklumat keberadaan adiknya yang hilang sejak 1 Februari lalu.

Penularan itu dilakukan di sosial media Hairi, iaitu abang kepada Muhammad Akmal Hakimi Ishak, 20, yang hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki bukit di Pulau Mawar Mersing, bulan lalu.


Foto: Kosmo

Katanya, ganjaran RM50,000 akan diberikan kepada sesiapa sahaja jika menjumpai adiknya itu yang sepatutnya sudah pulang ke pangkuan keluarga sejak bulan lepas.

Hairi memberitahu, pakaian terakhir yang dipakai Muhammad Akmal adalah jaket berwarna kekuningan, berkasut kelabu dan memakai beg sandang berjenama Jeep.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Akmal boleh menghubunginya di talian 016 706 9769. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-3-2023 12:08 PM
Semoga dipermudahkan.. comel budak ni
Quote mejaputih 30-3-2023 12:42 PM
oh lum jumpa lagi ek? semoga dipermudahkan...
Quote primarikey 30-3-2023 01:46 PM
Hensem orangnya
Mungkin ada gadis bunian yg berkenan
Quote laksmanabentan 30-3-2023 02:19 PM
da 2 bulan kan....
perhhh lama tuh...

kengkawan dia mana??
Quote syamzana 30-3-2023 02:32 PM
semoga dipermudahkan...sedihnya makayah dia.
balik la dekk.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033986 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top