CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nyahkan Daki Yang Degil

5-10-2015 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6187| Komen: 2

Oleh Izzah Abbasy

Sebut sahaja pasal daki, bunyinya seakan jijik bukan? Tidak perlu hairan dengan daki ini jika kita sememangnya malas untuk menyental. Daki boleh dlihat di kawasan yang berlipat seperti leher, lutut, siku, pelipat tangan dan lain-lain. Daki terhasil daripada sel-sel kulit mati, kotoran udara, peluh atau debu.

Bagaimana cara untuk menghilangkan daki ini? Anda hanya perlu menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.

1. Kopi


Serbuk kopi dapat membersihkan daki ini dengan menggosok serbuk kopi ke tempat yang mengalami masalah daki. Ambil segenggam kopi dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian, sapukan secara serata ke bahagian yang mempunyai daki. Biarkan beberapa minit, daki akan menggelupas dan terkeluar dengan sendiri. Seterusnya, bilas dengan air bersih.

2. Beras dan minyak zaitun

Ambil segenggam beras dan ditumbuk halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Beras tersebut boleh disangai terlebih dahulu sebelum ditumbuk. Setelah campuran tersebut sebati, sapukan kepada kulit anda dan gosoklah perlahan-lahan.

3. Batu apung



Penggunaan batu apung sangat mudah kerana jika anda tidak dapat kutip di terpi laut, anda boleh beli di pasaraya mahupun farmasi. Gosok secara perlahan sahaja di bahagian yang berdaki ketika mandi.

Penggunaan batu apung juga bermanfaat untuk menghilangkan kulit kali yang bersisik, tumit merekah dan kulit kaki kasar. Gosokkan batu apung pada tumit dan lihat apa yang terjadi.

4. Menggunakan skrub badan

Cara mudah lainnya dalam menghilangkan daki adalah dengan menggunakan lulur atau skrub badan. Penggunaan skrub badan sangat boleh diamalkan seminggu sekali untuk menghilangkan daki dan menghilangkan sel-sel kulit mati pada tubuh.

Anda disarankan supaya rerajin selalu amati kulit anda. Tilik betul-betul agar kulit anda sentiasa terpelihara cantik dan lembut. - CARI Infonet

Sumber info : tipskecantikan.blogspot.com

15

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fly_in_d_sky 6-10-2015 10:31 AM
guna berus badan sudah ... hari-hari berus
Quote anno_miss 6-10-2015 08:34 PM
Scrub scrub scrub

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032819 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top