Penyampai radio Molek FM, Mat Dan, 33,kecewa gara-gara pemilik rumah sewa yang melanggar kontrak selama setahun tanpa sebab munasabah sekali gus mencabul haknya sebagai penyewa. Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, ejen dan pemilik rumah itu seperti bersepakat untuk menganiaya dirinya dan isteri, Nadifa Adnan yang kini sedang sarat mengandung.
Malah, dia juga turut mengeluarkan kos bagi mengubah suai rumah untuk keselesaannya bersama keluarga dalam tempoh setahun menyewa. "Saya baru saja berpindah ke Setia Alam pada bulan Februari lalu kerana ingin dekat dengan tempat kerja dan hospital memandangkan isteri bakal bersalin dalam minggu ini atau minggu depan. "Jadi sebaik saja berpindah masuk, saya membuat sedikit 'renovation' pada bahagian kabinet dapur, mengecat dan memasang penghawa dingin. Biasalah, apabila berpindah ke rumah baru pastinya kita ubah suai mengikut keselesaan.
"Tiba-tiba pada Sabtu lalu saya menerima kiriman WhatsApp daripada tuan rumah meminta saya untuk keluar pada bulan Mei nanti. Tanpa memberikan alasan kukuh, ejen hartanah juga turut menggesa saya pada Isnin. "Jika dia sudah membuat keputusan untuk menjual rumah, kenapa dia tanda tangan perjanjian untuk sewakan selama setahun. Bukan saja kos, malah urusan berpindah juga memenatkan. Apatah lagi saya bukan orang kaya," katanya kepada Harian Metro.
|
noor2 replied at 30-3-2023 10:26 AM
Boleh ke ubahsuai rumah sewa...
Jamil_Abu replied at 30-3-2023 10:28 AM
boleh dgn keizinan tuan rumah. dan pulangkan balik dalam keadaan asal macam mula-mula sewa.
noor2 replied at 30-3-2023 10:30 AM
Oh...betul jugak bang Jamil....apa kabar 3 isteri bang jamil...moga puasa ni semuanya dipermudahka ...
Jamil_Abu replied at 30-3-2023 10:36 AM
Alhamdulillah. Puasa bang Jamil masih terjaga pada hari ke-8 ni. Ketiga-tiga isteri bang Jamil sem ...
noor2 replied at 30-3-2023 11:16 AM
Alhamdulillah...kirim salam pada kak Tipah..lama x nampak beliau berforum..
Back to topic , rugi ...
ADVERTISEMENT