Perkongsian video di TikTok mengenai pandangan Watie Hanifiah berhubung pasangan menarik perhatian netizen. Menerusi video tersebut, Watie berkata seseorang wanita yang sudah memaafkan pasangannya tidak sepatutnya mengungkit lagi kesilapan yang telah dilakukan.
“Maafkan maksudnya maafkan. Bukan hari ini dia minta maaf, kita dah rasa terbuka nak maafkan, tiba-tiba esok kau ungkit… itu salah. “Kalau dah maafkan tak ada istilah esok itu atau pun lepas lama-lama ‘you dulu masa tu you pernah kan. You bukannya tak pernah cakap’… tak boleh! “Sebab apa once you dah maafkan maksudnya you dah maafkan. You tutup cerita yang lama,” kata Watie menerusi perkongsian video di TikTok Inayah Beauty Trading. Malah Watie turut memberitahu kadang-kadang lelaki mudah berasa jemu dan tercabar apabila pasangannya kerap kali mengungkit kesilapan silam.
Bagaimanapun rata-rata netizen lebih fokus cara percakapan Watie yang dianggap seperti Allahyarham penyanyi Siti Sarah. Sumber: GEMPAK
|
ADVERTISEMENT