CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RUU Dalam Bahasa Inggeris, Bukan Semua Rakyat Malaysia Faham - Ahli Parlimen Besut

29-3-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3635| Komen: 14

Rang Undang-Undang (RUU) yang dibawa dalam Bahasa Inggeris sepatutnya boleh ditarik balik dan dibentangkan semula, tegas Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang merujuk kepada RUU Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan.


Beliau berkata, perkara itu bukanlah suatu permasalahan yang besar dan tujuannya membantah bukan kerana ingin menimbulkan provokasi, sebaliknya mahu mengelakkan daripada berlaku kekeliruan.


FB Agenda Daily

“Saya cuba terangkan berkenaan peruntukan undang-undang yang disediakan dalam dua versi. Satu versi bahasa Malaysia dan satu versi Bahasa Inggeris yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Untuk bacaan kali kedua, persoalannya ialah dalam versi bahasa Malaysia, adanya versi Inggeris. Jadi ada sedikit kekeliruan. Lagipun, bukan semua rakyat Malaysia faham bahasa Inggeris,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, di sini hari ini.


Terdahulu, Che Mohamad dari Perikatan Nasional (PN) diarah keluar Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini selepas ingkar kepada amaran Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd. Nor.

Dalam pada itu, tegas beliau, dalam versi bahasa Malaysia disebut Rang Undang-Undang bermakna, apa-apa yang terjatuh di bawah perkara tersebut adalah sepatutnya dalam bahasa Malaysia.

“Alhamdulillah saya digantung hari ini dan saya rasa ada hikmah di sebaliknya.

“Saya boleh memberitahu, sebagai pembuat undang-undang, kami membantah, ia dibentangkan dalam bahasa Inggeris kerana undang-undang adalah untuk digunakan semua rakyat Malaysia .

“Jadi itu yang masalah besar kita hadapi sekarang. Kerajaan sedia ada saya tidak tahu apa agendanya kenapa tidak boleh ditarik balik dan dibentangkan semula dan dibahaskan,” tambahnya. 


FB Agenda Daily


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lauralju 29-3-2023 07:19 PM
I totally like your gave limits as the post you passed on has some uncommon information which is totally essential for me.

Quote masonclass 25-7-2023 08:29 PM
good information over here, Thanks for sharing the info.

MyeClass
Quote nusaraya 25-7-2023 08:41 PM
Edited by nusaraya at 25-7-2023 08:45 PM

Itulah alasan utama mengapa malaysia harus menggunakan bahasa inggris sebagi bahasa rasmi atau kebangsaan Malaysia ....

Bahasa Melayu adalah bahasa masa lampau yang sudah ketinggalan jaman sehingga tidak cocok atau sesuai denan malaysia moden haruslah ... selain .. penggunaan bahasa inggrisn akan menyatukan atau mendekatkan kembali kembali menjadi bagian dari empire britania raya ... bukankah jauh lebih bangga dan bermaruah jika Malaysia menjadi serumpun dengan inggris, australia dan amerika syarikat ...
Yang paling utama ... pengguaan bahasa inggris sebagai bahasa rasmi/kebangsaan juga akan membantu mengurangkan konflik yang terjadi antara bangssa melayu, india dan china....
Quote Decaffeinated 25-7-2023 09:46 PM
Lagipun, bukan semua rakyat Malaysia faham bahasa Inggeris

dan daripada kalangan yang faham tu bukan semua rajin nak baca akta

cakap ja lah sebenarnya ko MP yang tak pandai BI macam mana nak bahas

Quote Highflyer19 25-7-2023 10:18 PM
Dalam pada itu, tegas beliau, dalam versi bahasa Malaysia disebut Rang Undang-Undang bermakna, apa-apa yang terjatuh di bawah perkara tersebut adalah sepatutnya dalam bahasa Malaysia.…
Quote tungkai 25-7-2023 10:56 PM
nusaraya replied at 25-7-2023 08:41 PM
Itulah alasan utama mengapa malaysia harus menggunakan bahasa inggris sebagi bahasa rasmi atau keban ...

Dah tu kenapa ko reply guna bahasa Melayu..?? nape tak guna English?

ketinggalan jaman
bahasa inggris
empire britania raya


Ok aku dah tau ko dari mana
Quote nusaraya 26-7-2023 09:09 AM
tungkai replied at 25-7-2023 10:56 PM
Dah tu kenapa ko reply guna bahasa Melayu..?? nape tak guna English?

ketinggalan jaman

Jika aku orang melayu malaysia.. pastilah aku lebih bangga malaysia pernah menjadi bagian dari empire britania raya .. empire ang paling besar dan haibat dalam sejarah manusia selama ini ... kebanggaan atas status ini bahkan pernah diwujudkan ketika malaysia mengirimkan askar diraja melayunya untuk menjaga istana buckingham ...

Nah agar hubungan mesra dengan britania raya + rasa terimakasih malaysia kerana diberi kemerdekaan dengan murah hati oleh Britania... maka apa salahnya jika malaysia memelhara terus hubngan bersejarah itu dengan terus mempertahankan adat istiadat, budaya dan bahasa mereka di negara ini ... selain itu bukankah mempertahankan bahasa inggris  (yang saat ini adalah bahasa global no.1) adalah keputusan yang paling best dalam usaha malaysia tetap menjadi bagian dari negara maju yang setara dengan negara-negara maju berbahasa inggris lainnya seperti AS, Australia, NZ, Canada dan tentu saja Indggris ..

Bukankah hingga Malaysia merdeka hingga kini   .. penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan malaysia tidak sepenuhnya berhasil kerana ada bangsa lain (India dan China) yang belum menerimanya secara telus...  dan masih kukuh mempertahankan bahasa ibunda mereka... jadi untuk kebaikan semua (persatuan nasional)  ...mungkin bahasa inggris boleh mempersatukan semua bangsa yang ada di malaysia dengan lebih mudah (case singapore sebagai contoh ideal)....

Alangkah indahnya jika hal ideal ini terjadi ...

1. Satu bangsa ... bangsa malaysia  (X ada lagi bangsa melayu. China dan India)
2. Satu bahasa ... bahasa persatuan atau bahasa perpaduan .. bahasa inggris
3. Satu Tanah Air ... Malaysia
Quote sagiman91 26-7-2023 10:49 AM
(reserved)
Quote airfilterkotor 26-7-2023 10:56 AM
Aku taktau la pada korang macamana.
Tapi bila aku baca contohnya kontrak, dalam bahasa melayu... sebenarnya ada juga ketidakfahaman dalam susunan ayat dia.
Kita yg jadi konfius. Ujung² aku baca yg henglish punya jugak semata nak memahami maksud yg ingin disampaikan
Quote Bedah.Cun 26-7-2023 12:00 PM
nusaraya replied at 25-7-2023 12:41 AM
Itulah alasan utama mengapa malaysia harus menggunakan bahasa inggris sebagi bahasa rasmi atau keban ...

Indon babhoe melangau jer keje ngkaw, dasar brengsek
Quote Skuau 26-7-2023 12:03 PM
tungkai replied at 25-7-2023 10:56 PM
Dah tu kenapa ko reply guna bahasa Melayu..?? nape tak guna English?

ketinggalan jaman

sebab itu mereka dipanggil INDON...lagak tu kemaian.
Quote Skuau 26-7-2023 12:05 PM
kekdahnya...lebih ramai tak faham...'lebih sinang kita miniaga...senang KALENTONG dia oalang maaaa'@kita talak tipu...kita PANDAI meniaga maaaa....
Quote Bedah.Cun 26-7-2023 02:14 PM
Bahasa undang2 neh memang bahasa teknikal. Ngkaw nak translate text undang2 ke bahasa melayu, ngkaw kena bagi penterjemah bertauliah. Tapi knowing Malaysia neh, buat hapa2 pun semua separuh jalan, separuh hati jer. Ada ITBM, DBP bagai semua jadi tunggul, gajah putih saja
Quote itik_magic 26-7-2023 07:25 PM
semua bahasa undang2 kat semua negara kat dunia ni mmg dlm bahasa inggeris ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.217399 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top