Penemuan mayat lelaki di bawah kenderaan merungkai misteri rasa pelik pemandu apabila keretanya terasa berat. Menurut The Star, kejadian berlaku di Tenom, Sabah, pukul 12.20 pagi Selasa ketika pemandu berusia 40 tahun itu memandu di kawasan gelap di kilometer 9, Jalan Sapong – Kemabong.
Pelik dengan keretanya yang terasa berat, pemandu berkenaan berhenti dan untuk memeriksa sebelum mendapati seorang lelaki terperosok di bawah kenderaannya. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa berusia 55 tahun itu dipercayai tertidur di atas jalan apabila dilanggar kereta berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, pemandu tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Kemabong menuju ke Pekan Tenom.
“Keadaan jalan pada ketika itu juga agak gelap dan pemandu berasakan terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan kenderaannya menjadi berat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Hasan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian badan kemudian dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Majoriti
|
airfilterkotor replied at 30-3-2023 12:04 AM
Atau lampu keta tak berapa nak terang tetapi pandu laju di kawasan gelap.
ADVERTISEMENT