PETALING JAYA – Satu video tular memaparkan seorang peniaga mengalami kerugian selepas beberapa balang berisi air minuman yang dijualnya terjatuh. Menerusi perkongsian klip video di TikTok Gerai Din Leman, pelanggan terkejut apabila meja yang menempatkan balang minuman tersebut tiba-tiba rebah.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-rata berpandangan kejadian itu adalah satu dugaan di bulan Ramadan kepada penjual air tersebut. “Biasalah, dugaan bulan puasa,” kata Sharul Irfan. “Dugaan abang, mohon bersabar,” tambah Hafiz. Selain itu, ada juga orang ramai berpandangan kejadian itu disebabkan penggunaan meja yang tidak kukuh dan tidak boleh menampung keberatan air minuman yang dijualnya.
“Kena tukar meja, kaki meja tak dapat menampung berat air, apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan,” ujar Fieza. “Jual air jangan guna meja libat abang, senang patah,” kata Mmcarpet. – CARI Sumber: Kosmo
|
Firenzza replied at 29-3-2023 07:53 PM
Cmne tukang amik gmbr boleh rakam insiden itu at the right time rite place? Ke mmg dh rancang demi c ...
Firenzza replied at 29-3-2023 06:53 PM
Cmne tukang amik gmbr boleh rakam insiden itu at the right time rite place? Ke mmg dh rancang demi c ...
Firenzza replied at 29-3-2023 07:53 PM
Cmne tukang amik gmbr boleh rakam insiden itu at the right time rite place? Ke mmg dh rancang demi c ...
doubleharmonic replied at 30-3-2023 06:01 AM
right time right place sangat khenss chuolss. elok jah camera tu dah standby kat depan gerai nak r ...
ADVERTISEMENT