Pencipta kandungan, Low Sok Ying menjadi bualan di media sosial selepas berkongsi pengalamannya berpuasa pada bulan Ramadan. Melalui perkongsian video ringkas itu, dia tetap mengikuti waktu subuh untuk bersahur iaitu jam 5 pagi dan mengisi perut dengan hidangan makanan yang dimasak sendiri.
Dia yang nekad untuk berpuasa walau sehari turut berkongsi cabaran di hadapinya sepanjang menahan lapar dan dahaga. Antara cabaran yang dirasakannya ialah sukar untuk bangun awal pagi terutama waktu subuh, pilihan menu sahur yang perlu dimasak, menahan rasa lapar dan dahaga, tarikan hidangan tengah hari iaitu sambal sotong dan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging. Hal ini kerana, dia ingin mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku. "Sepatutnya petang mahu pergi joging, tapi takut pengsan nanti," kongsinya.
Di samping itu, dia juga memilih untuk meluangkan masa melihat keindahan alam semula jadi di kawasan rumahnya berbanding melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal. Namun, dia berjaya berpuasa seharian dan mengikut waktu berbuka puasa di sekitar Selangor. Pengalaman pertama dalam seumur hidup itu membuatkan Sok Ying kagum dengan orang Islam yang mampu bertahan berpuasa seharian apa lagi kalau sebulan. Sumber: Majoriti
|
Nt-ViruS replied at 29-3-2023 03:49 PM
puasa always hit the hardest pada hari pertama. dah 2-3 hari lepas tu baru ok. Me 1st day puasa kepa ...
ADVERTISEMENT