Seorang warga emas mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya 'lesap' dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya. Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 62 tahun cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.
Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan. "Si perompak yang hina akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon macam nak withdraw duit tapi sebenarnya (sedang) perhatikan nombor pin mangsa. "Perompak akan berpura-pura cuba untuk membantu, dan pada masa tersebut dia akan keluarkan kad lain yang sama dengan kad mangsa, di mana kad mangsa sebelum ni yang dah habis dikebas, diberikan kepada mangsa tanpa disedari.
"Kad di dalam mesin ATM, si perompak boleh ambil dan ingat nombor pin. Mangsa akan ingat kad tersebut rosak. Kejadian akan dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad. "So dia akan sempat buat transaction sebab hari Isnin baru bank buka untuk buat pertukaran kad. For your information, mangsa warga emas selalunya takkan ada online banking untuk check transaksi," demikian ciapan individu itu menerusi satu bebenang. Tambah individu berkenaan, sebanyak 23 transaksi dilakukan oleh suspek selama tiga hari dengan melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM46,000. "Salah satunya transaksi dibuat (untuk) membeli telefon Iphone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar," dedahnya lagi sambil turut memuat naik salinan penyata yang dikeluarkan pihak bank, menunjukkan keseluruhan transaksi yang dilakukan suspek. Turut dimuat naik, resit pembelian telefon Iphone 13 Pro Max serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki dipercayai suspek, yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya, sedang membuat pembelian telefon pintar di premis berkenaan. Susulan kejadian tersebut, mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Banting pada 28 Mac (Selasa). Difahamkan, ciapan tersebut dibuat oleh ahli keluarga mangsa bagi meminta bantuan warga maya mengesan suspek berkenaan. -CARI
|
nw111 replied at 29-3-2023 12:15 PM
Kalau case mcm ni siapa yg liable? Adakah mangsa blh tuntut balik duit dr pihak bank?
Decaffeinated replied at 29-3-2023 11:57 AM
memula kata kad sangkut, lepas tu kata kena kebas dan ditukar dgn kad lain. Which one?
Clear giler ...
Decaffeinated replied at 29-3-2023 11:57 AM
memula kata kad sangkut, lepas tu kata kena kebas dan ditukar dgn kad lain. Which one?
Clear giler ...
mamaneesa replied at 29-3-2023 12:27 PM
ye, kad sangkut, pastu org tu berdiri kt blkg mangsa pura2 mcm nak tolong...senyap2 dia tukarkan k ...
Mooverine replied at 29-3-2023 12:33 PM
kat sangkut pastu si pencurik tak tau malu ni kan berdiri kat belakang.. dia pura-pura tolong kelua ...
BeskotCekelat replied at 29-3-2023 12:36 PM
RM46K dalam masa 3 hari? Maksimum amount boleh set untuk keluar dari ATM
sehari berapa?
BeskotCekelat replied at 29-3-2023 12:36 PM
RM46K dalam masa 3 hari? Maksimum amount boleh set untuk keluar dari ATM
sehari berapa?
ADVERTISEMENT