CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Hidup Daif Lepas Suami Meninggal- Bela Anak Dan Cucu, Raya Tahun Ini Tak Ada Baju Baharu

29-3-2023 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5384| Komen: 41

MELAKA – Seorang ibu tunggal sayu mengenangkan nasib empat anaknya serta seorang cucu yang terpaksa hidup serba kekura­ngan sejak kematian suaminya akibat strok, tiga tahun lalu.

Menurut Soboh Darmi Wasrin, 45, dia ada menerima pencen ilat arwah suaminya, Ramli Ismail, 46, sebanyak RM1,800 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kehidupan mereka enam beranak.


Baru-baru ini katanya, dia terpaksa menggunakan duit syiling kira-kira RM150 yang dikumpul anak-anaknya di dalam tabung untuk membeli kelengkapan persekolahan, manakala yuran sekolah dibantu rakan-rakan.


Foto: Kosmo

“Memang ada pencen arwah RM1,800, namun selepas membayar sewa rumah dan bil elektrik serta air, kami anak-beranak terpaksa catu perkara-perkara lain termasuk makanan. Saya hanya masak lauk berasaskan sayur murah untuk berjimat.

“Kos persekolahan tiga anak dan seorang cucu berusia 10 hingga 21 tahun mencecah RM2,000.


“Anak sulung masih bersekolah menengah atas selepas dua tahun tidak menyambung pelajaran kerana menjaga bapanya,” katanya baru-baru ini.

Ujarnya, anak yang bongsunya pula baru berusia empat tahun dan cucu berusia 10 tahun yang dijaganya adalah cahaya mata kepada anak arwah suaminya hasil perkahwinan terdahulu.

Meskipun keadaan kewangan keluarganya sangat kritikal, namun dia akan terus memastikan pendidikan anak-anak terjamin.

“Kalau mengenai hari raya, tak terfikir pun mahu membeli pa­kaian baharu. Situasi kami ini sulit ke­rana status saya warga Indonesia, hanya cucu warganegara,” katanya.

Soboh berkata, anak-anaknya ada menerima bantuan seba­nyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk pendidikan terma­suk membayar kos lebihan levi yang dikenakan kerana status warganegaranya.

Katanya, sebelum ini dia telah memohon Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR), namun ia telah dibatalkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara susulan kematian suaminya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0440141100005366 atas nama penama Soboh Darmi Wasrin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 29-3-2023 12:12 PM
bergaul sesama makcik2 taman
buat kuih/kek sedap2
post kat grp wasap taman
nanti yg beli dan repeat order pun geng2 tu jugak
adala income lebih sikit
Quote supernaturalee 29-3-2023 12:15 PM
jd agen mamasab?

calling2 @dudaberhias

ok x idea
Quote vespa_oren 29-3-2023 12:17 PM
ada borak dgn jiran pencen askar, pencen rm3k+ pun masih buat kerja lain, org rumah dia pun kerja gak
Quote Samerosie 29-3-2023 12:21 PM
Jab jab.  3 orang anak termasuk seorang cucu.  Anak sulung masih sekolah. Yg sulung dah 21 years old, dah berenti sekolah, boleh la kerja mcd, haritu tengok gaji dia offer RM2,200.  Even makcik pun boleh kerja mcd, ada je wargaemas kerja kat sana kalau tak nak pening2 kerja berat.

Oh cucu dari anak arwah suami.  Eh pulangkan lah kat mak bapak dia, jaga free ke?
Quote B40tastePosh 29-3-2023 12:25 PM
Meols tahun ni pun tak beli baju raya...mengade je ko
Quote Clan204 29-3-2023 12:29 PM
rm1.8k sebulan tapi tak cukup?
Quote asfaz 29-3-2023 12:43 PM
Samerosie replied at 29-3-2023 12:21 PM
Jab jab.  3 orang anak termasuk seorang cucu.  Anak sulung masih sekolah. Yg sulung dah 21 years old ...

Sulung tu sambung balik form 6. Tp boleh je kalau nak buat part time kan. Form 6 sessi pagi. Tp maybe la nak tumpu kat peljaran.
Quote nw111 29-3-2023 12:50 PM
vespa_oren replied at 29-3-2023 12:17 PM
ada borak dgn jiran pencen askar, pencen rm3k+ pun masih buat kerja lain, org rumah dia pun kerja ga ...

Org pencen ni kalau blh tone down lifestyle lps pencen baru lah selesa nk hidup... mostly yg dh biasa senang masa kerja susah nk adjust lifestyle...byk benda nak kena cut and sacrifice..nak tak nak terpaksa kerja balik
Quote lattehazelnut 29-3-2023 12:51 PM
Edited by lattehazelnut at 29-3-2023 12:53 PM

Yih senang2 indon hidup beranak pinak kat sini.. warga malaysia tanggung korg hidup.. dgn duit pencen dan duit jkm..
Ni bakalan si maid indon bini ke2 la tu..
Laki mati kang hidup duit pencen n jkm..
Quote Simunggu 29-3-2023 01:10 PM
Clan204 replied at 29-3-2023 12:29 PM
rm1.8k sebulan tapi tak cukup?

gila nak cukup sekarang ni
Quote ninja boy 29-3-2023 01:50 PM
Kira kerajaan dan org luar kena menyara anak cucu org berpencen
Quote TabletSusu 29-3-2023 02:15 PM
kenapa dia jaga cucu tu? mak bapak cucu tu mana?
Quote kepompong 29-3-2023 02:16 PM
Edited by kepompong at 29-3-2023 02:17 PM

1800 tu pencen arwah suami.

anak yg sekolah rm500 sorang dpt . kannnn….

cucu tu saja letak nak tambah beban 6 beranak . kalau cucu tak tanggung , jadi 5 beranak je kan (sbb anak dia 4 org)
1800 + 1500 = 3300
brp org anak yg sekolah
haih malaih nak ulang baca artikel. Pakej sakit hati sbb i jumpa lagi ramai rakyat malaysia tulen yg gaji 1800 pepandai nak idup tanpa merungut meminta
Quote krustykrab 29-3-2023 02:20 PM
Clan204 replied at 29-3-2023 12:29 PM
rm1.8k sebulan tapi tak cukup?

Tu lah..jkm rm500 pum tak cukup.
Quote krustykrab 29-3-2023 02:22 PM
ninja boy replied at 29-3-2023 01:50 PM
Kira kerajaan dan org luar kena menyara anak cucu org berpencen

Mmg mcm tu la...tu yg best keje gomen

Btw, kalau lakibini keje gomen, bila bersara kedua² dpt pencen, bila sorg mati, pasangan blh dpt ke pencen si mati?
Quote mejaputih 29-3-2023 02:44 PM
krustykrab replied at 29-3-2023 02:22 PM
Mmg mcm tu la...tu yg best keje gomen

Btw, kalau lakibini keje gomen, bila bersara kedua² dpt pe ...

dapat rasanya...
utk artikel di atas, mmg pelik mana mak bapak cucu suami dia? ke semua dh meninggal tinggal cucu je so tanggungjawab jatuh atas arwah suami dia?
brp umur anak2 dia sbnrnya?
Quote mejaputih 29-3-2023 02:46 PM
satu lg anak2 dia dpt taraf warganegara tak? rasanya dpt kan? knp dlm artikel tu mention: Situasi kami ini sulit ke­rana status saya warga Indonesia, hanya cucu warganegara.
Quote jazaa100 29-3-2023 02:52 PM
Clan204 replied at 29-3-2023 12:29 PM
rm1.8k sebulan tapi tak cukup?

Tambah duit jkm rm500

Total rm2300....masih tak cukup?....
Hantar ke indon, pencen rm8k sebln pun tak kan cukup...

Bersyukur le kau dpt pencen bik.....
Quote jazaa100 29-3-2023 02:54 PM
Laki dia mesti org berpangkat jugak sbb pencen terbitan pun dpt rm1800....

Pandai indon cari laki yg berkerjaya je....
Yg pompuan melayu, asyik kwin dgn mat pit

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top