Pada petang Selasa, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 35, dan bekas isterinya Aida Azira Hussin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka.
Namun wanita itu tidak bersetuju dengan permohonan dibuat oleh Sam berhubung nafkah anak lelaki tunggal mereka. Aida kata dah jadi tanggungjawab Sam sebagai bapa untuk melunaskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda. "Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya," katanya kepada mStar Online
Kata Aida dia tidak melihat Sam mempunyai kesulitan membayar nafkah anak apatah lagi gambaran di media sosial tidak menunjukkan dia mengalami masalah.
Aida juga minta Sam mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan mahu pun tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka. "Ya ke? Dia kena buktikanlah kalau dia tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap," ujarnya. Aida juga memberitahu sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan anak mereka, Maleeq.
Lebih mengecewakan kata Aida, panggilan yang dibuat juga tidak dijawab. "Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia. "Anak saya cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak," katanya. Sementara itu, Sam ketika ditemui enggan mengulas mengenai isu nafkah berkenaan. "Selamat berpuasa, selamat beramal. Semoga Allah merahmati," katanya.
Untuk rekod, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleeq yang kini berusia enam tahun. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|