Seorang wanita tidak menyangka suami yang dikahwini empat tahun lalu merupakan seorang homoseksual atau gay. "Aku kenal dengan suami, member yang perkenalkan. Sejak Oktober 2020, suami aku memang tak sentuh aku sampai sekarang. Macam mana aku tahu? Semua kuasa Allah.
"Aku pelik kenapa dia tak nak sentuh aku sebabkan hal remeh, contohnya penat. Bergaduh saja, dia akan tidur luar. "Aku bukan jenis periksa telefon bimbit, bukan jenis cemburu buta. Aku buat solat hajat, solat tahajud, berdoa bersungguh-sungguh. "Februari 2021, aku dengar notifikasi Shopee dekat tab. Kebetulan tab dia selalu guna tinggal dekat rumah. Aku buka sebab aku agak-agak password. Aku jumpa Twitter 'dark side' dia... chatting dengan lelaki. Macam-macam aku jumpa," luahnya. Tambah wanita itu, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa, melainkan ibunya.
"Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Mak aku dah berusia 70 tahun lebih. Mak aku cuma cakap, 'reda, kalau buat keputusan jangan ikut perasaan'. Tapi sampai bila? "Aku memang berkerjaya. Dekat tempat kerja aku memang happy go lucky. Pendek kata aku memang seorang yang ceria dan kelakar. Kawan-kawan aku ingat aku tak ada masalah," luahnya di media sosial. Bagaimanapun wanita ini bersyukur kerana dia tidak dijangkiti sebarang penyakit yang berisiko yang mungkin berpunca daripada tabiat suaminya. Dalam masa yang sama, dia menganggap ketiadaan zuriat sepanjang empat tahun berkahwin merupakan hikmah daripada Allah. Sungguhpun hanya bergelar isteri di atas kertas, wanita ini berkata di sudut hatinya, dia mengharapkan suaminya akan berubah kembali ke pangkal jalan. "Dia cakap nak berubah tapi berubah dekat mulut saja. Dan aku pun tak tahu kenapa aku mampu bertahan sampai sekarang. "Suami aku seperti gunakan aku, married with benefit. Aku cuma nak kekuatan untuk buat keputusan. Aku nak pergi dari dia. Terima kasih dengar luahan aku. Aku bukan buka aib dia. "Kepada yang bujang, hati-hati memilih. Handsome atau tidak, tapi kalau dasar 'pelangi' (simbol LGBTQ), memang susah nak ubah. Kahwin sekadar nak menutup aktiviti ko-kurikulum. "Doakan aku dapat buat keputusan demi kebahagiaan aku dengan mak aku. Semoga di bulan Ramadan ni ada keajaiban untuk aku," akhirinya. Di ruangan komen ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah menasihatinya agar mendapatkan pandangan daripada pakar kaunseling. "Pendam seorang diri takkan selesaikan masalah. Cari orang yang ada kelayakan dan kepakaran. Puan bawa suami sekali sebab yang bermasalah itu suami," komen seorang netizen. Dalam pada itu, ramai yang menasihatinya agar 'angkat kaki' daripada terus berharap kepada sesuatu yang belum pasti. "Sis, berdasarkan pengalaman saya, dia takkan berubah. Dia boleh berubah kalau dia yang nak, tapi memang susah. Pilihan di tangan sis. "Benda ni (songsang) bila terkena sekali, memang susah cari jalan keluar. "Tak ada keperluan untuk menunggu lagi. Tempoh empat tahun tu pun dah terlalu lama untuk menunggu," demikian komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
green~tea replied at 29-3-2023 08:47 AM
Sapa suruh bodoh tunggu lama2.. angkat kaki je la.. ke miskin sangat nak buat action apa2 and mengha ...
bynroslan replied at 29-3-2023 11:13 AM
"Aku memang berkerjaya" abistuuu tunggu apa lagi kak oiii aduhhh cari penyakit betul
green~tea replied at 29-3-2023 03:53 AM
Kerjaya taik kucingggg
ADVERTISEMENT