CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

CEO Hoorrey Fest Dakwa Disabotaj, Ifa Raziah Larang Selebriti Sertai Acara Serupa Anjuran Pihak Lain?

28-3-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7326| Komen: 6

Penganjur Hoorrey Fest Raya 2023 yang bakal berlangsung 19 hingga 21 April ini mendakwa, acaranya cuba disabotaj penyanyi sensasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Asia Global Entertainment, Datuk Mohammad Alif Hakim mendedahkan, CEO Starvendors iaitu Ifa Raziah melarang selebriti yang terlibat dalam karnival jualannya menyertai acara serupa anjuran pihak lain.



IG

“Siapa dia untuk menghalang atau menyekat rezeki artis lain? Bahkan, tindakannya itu seolah-olah mahu mengekang mereka (artis) daripada meraih pendapatan tambahan.

“Ingat dia seorang sahaja ke nak kaya? Kita pun nak hidup senang juga, janganlah tamak sangat pentingkan tenggorok sendiri!” ujar Alif mempertikai keputusan Ifa.

Menurut Alif, dia menyuarakan perkara itu memandangkan terdapat maklumat didengarinya menerusi beberapa sumber dipercayai berhubung syarat dan peraturan ditetapkannya itu.


Tambahnya, kekangan diwujudkan Ifa ternyata sesuatu yang tidak adil buat selebriti lain yang benar-benar fokus mahu mengukuhkan perniagaan masing-masing.

“Sepatutnya, dia sebagai artis sudah sedia maklum tentang kes-kes babitkan warga seni berusia yang hilang perolehan tatkala industri tidak lagi memerlukan khidmat dan bakat mereka.

“Jadi, inilah peluang terbaik untuk dia atau sesiapa pun yang punyai modal termasuk saya tampil membantu dengan menyediakan platform bersesuaian supaya kewangan mereka sentiasa stabil.

Jelasnya, Hoorrey Fest adalah ekspo jualan membabitkan paling ramai artis berniaga, malah mendapat kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bidang seni seperti Kelab Usahawan Selebriti Malaysia, Dewan Usahawan Artis Malaysia, Artis Corner dan Gagasan Transformasi Anak Seni.


BOOM!

Justeru Alif berharap, pada masa hadapan tiada lagi selebriti atau usahawan menjadi mangsa penganiayaan individu berhasad dengki seperti ini. 


Sumber: BOOM!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 28-3-2023 05:32 PM
gigihnya si puk puk nak sabotaj orang... kerja cuci duit kena buat asap ke sampai selebriti ko pun ko tak bagi join???

tapi kaka rasa takpe lah kot kalau theyols tak join acara hoorey fest... sebab yang join acara puk puk tu pun kelindan lori dengan makcik baru habis buat bendang je pun... tengok la majlis kahwin 10 juta tu pun taraf2 buat kat pasar payang terengganu jah...

pakej kepam... so takde sape heran nak pergi pun... pasar payang jugak yang penuh walaupun takde retis serta terpaksa berhimpit macam tin sardin langgar bontot sesama bottom dan top serta lesbo...
Quote Kentot_Wangi 28-3-2023 08:32 PM
Mesti dia nak wat masuk bff dy. Geng2 yg suka menonggek bxntxt tu. Hahaha
Quote Themilo 29-3-2023 08:00 AM
pandai juga rival diva puk-puk ni, panggil roslan shah. memang perang habis-habisan la dengan diva puk-puk
Quote laksmanabentan 29-3-2023 10:33 AM
beriyaaa laaa expo segala...
jimat2 jer laa..
pulau aja laaa apa2 event or expo artis nih...
Quote KamikuP 29-3-2023 02:31 PM
Kang ada pulak yg serang artis ngan cota bila habis acara.. oopss
Quote Nurkaseh01 29-3-2023 04:59 PM
Dah kenape?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.036117 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top