CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Kerja Keras Nak Bayar RM60 Ribu, Pelik Tak Buat Jenayah Tapi Kena Boikot! "Hidayah Nak Apa Lagi?"

28-3-2023 05:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 19783| Komen: 198|Original author: Saiful

Ali Puteh mengaku dia mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar itu memandangkan dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni.

Ali  menggunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah secara pukal.


Foto: IG

"Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada 'job'. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

"Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

"Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan," katanya kepada Harian Metro.




Tambahnya proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.

Sementara itu, berkenaan mengenai rumah Abam yang diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkan kepada Hidayah kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.



Justeru kata Ali, pihaknya akan membayar saman untuk mengelakkan rumah itu dari disita.

"Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.




"Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

"Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 28-3-2023 05:23 PM
Tak faham itu rumah abam ke rumah mak die?... geran atas nama sape...ade buat renovate ker pakai duit abam....
Quote alieyrina 28-3-2023 05:23 PM
Kenapa pulak tu jadi rumah dia ?? Saman 60k tu pasai saman. Rumah sebab jadi hak hamzah. Celah mana jadi rumah mak dia tu

..ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi..

Senangnya buat dono gitu jah?
Quote belilies 28-3-2023 05:24 PM
Bodoh sangat lah ali puteh ni. Ko dah kene saman tu takkanlah loyer ko tak jelaskan keadaan. Bengap sangat.
Quote _kelly 28-3-2023 05:26 PM
padan muka
makan rezeki anak yatim mmg cepat dapat balasan
Quote dudaberhias 28-3-2023 05:27 PM
walaupun ko bukan penjenayah... muka ko tetap iras2 banduan dan penjenayah... di mana kalau kaka nampak dari 1 kilometer lagi kaka dah call perhilitan suruh kutp dan campak kau ke dalam penjara zoo negara...

dah la bunuh bengkarung... apa la dosa bengkarung tu sampai ko bagi dia jadi penanggal?? so? ko adalah penjenayah di mata kaka... ko layak di tangkap dan di sumbat ke dalam rumah si bainun tu bagi dia siram kau pakai air coway panas... sekian....
Quote awekjepun 28-3-2023 05:30 PM
kotakominami replied at 28-3-2023 05:23 PM
Tak faham itu rumah abam ke rumah mak die?... geran atas nama sape...ade buat renovate ker pakai dui ...

Rumah arwah mak, yg bila dah di faraid jatuh byk kepada anak lelaki.. so maknanya rumah tu skrg milik ali & adik bradik dia. Jadi mmg logik la mahkamah suruh sita, mesti rumah tu ada nama ali dan adik bradik dia dah. Ingat mahkamah ni suka2 ke nak sita harta milik org lain.
Quote Diamondmoney 28-3-2023 05:34 PM
Bodonya ali tak abis sb hrta pusaka mak dia.
Ali mak ko tu da mati. Dah takde kt dunia ni. Hrta pusaka yg dulu milik mak ko kini dah jadi milik ko dgn adik beradik. Apa lembam sgt lo ni ali


Quote kotakominami 28-3-2023 05:36 PM
awekjepun replied at 28-3-2023 05:30 PM
Rumah arwah mak, yg bila dah di faraid jatuh byk kepada anak lelaki.. so maknanya rumah tu skrg mi ...

Oooo...ingat rumah yg ditabur belerang tuh..
Quote asfaz 28-3-2023 05:38 PM
Edited by asfaz at 28-3-2023 05:40 PM

Liitammm...pasal Saman 60k kau jugak yg bawak ke mahkamah kan ?  kalah ,kau bayar la.Cuba kau tak buat takde la kau kena bayar 60k tu. .hak hamzah ttp la hak hamzah. Kau ikut aja la apa kata mahkamah dgn lawyer. Kau jugak sibuk nk menyusun dlu sekarang mahkamah dah susun tuk kau ,follow aje la.
Sita harta kau? Kau ada harta ke
Sikit2 kau  nak salahkan dayah. Betul dayah buat serah kat lawyer. Sb org macam kau ni susah nak bagi paham.
Saman lain faraid lain ye . Rm60k setel,rumah tu ttp bahagian hamzah. Ada perintah mahkamah kan?
Quote ellZack 28-3-2023 05:40 PM
Oh. Rumah yang Hidayah dapat dengan rumah yang kena sita adalah rumah yang sama ke?
I ingat 2 buah rumah berasingan sebab rumah yang kena sita tu surat dapat kat pak cik, rumah yang Hidayah dapat adik/kakak Ali yang duduk.
Quote fair_iza 28-3-2023 05:40 PM
Ayat ali mcm dayah pulak nk rumah arwah mak. Walhal hakim yg arahkn disita. Mest lawyer pn give up nk explain kt ali ni.
Quote asfaz 28-3-2023 05:41 PM
belilies replied at 28-3-2023 05:24 PM
Bodoh sangat lah ali puteh ni. Ko dah kene saman tu takkanlah loyer ko tak jelaskan keadaan. Bengap  ...

Ni jenis tak nak dgr ckap org. Org kena dgr ckap dia. Lawyer ,Hakim kena ikut ckp dia. Dia kalah smua salah dayah. Kena sita pun Salah dayah.
Quote azimodin 28-3-2023 05:48 PM
Mahkamah dah suruh bayar, ko bayar la.. apehal ko x habis2 menceceh pasal dayah lagi.
Quote primarikey 28-3-2023 05:51 PM
awekjepun replied at 28-3-2023 05:30 PM
Rumah arwah mak, yg bila dah di faraid jatuh byk kepada anak lelaki.. so maknanya rumah tu skrg mi ...

Ye...sbb artikel tu ada tulis ali dan 3 adiknya kena byr 60k kt dayah...
Quote epal_putih 28-3-2023 05:52 PM
Selamat membayar la yaaalii..
Quote imanjannah 28-3-2023 05:56 PM
nampknya pelbagai ujian yg dtg pun x menginsafkan ko Ali
Quote immaryjane 28-3-2023 05:56 PM
Ni rumah lain, rumah pusaka arwah mak dia . Mak dia dh meninggal, jatuh kt anak2. Sooooo nk sita hrta nama dia, byk keje. So mhkmah sita la hrta yg bakal jd dia pnye which is rumah pusaka tu.. tu pn mkhmah dh puas korek2 mana  nk sita, tk ade rete rupe nye litam ni haha.

Rumah abam yg color hijau difitnah tabur belerang tu 100% milik hamzah. Diorg anak beranak saje je buat lmbt bg kunci.
Iols berharap kli ke dua hidayah dtg bawak sekali peguam and polis halau on the spot.

Sama 60k tu kalah saman, klu dia tk mmpu bayar. Rumah pusaka tu galang ganti. Mesti gaduh dgn adik beradik khennnnn.
Psal kau la litam! Rumah mak nk kne sita.

Quote nylliette 28-3-2023 05:59 PM
lgsg dia tak reti nak muhasabah diri kenapa urusan dia makin sulit. kau ali kalo betul2 insaf, mintak mahap sgguh2 dgn dayah, jaga nafkah anak buah tu seperti sepatutnya, cakap elok2, aku rasa dayah pun baik boleh je bg kau byr ansuran. ni dah kalah, mulut celupaq tak abih
Quote dua_chzy 28-3-2023 06:07 PM
Ada pepatah Melayu pesan

Karna mulot, badan binasa.

Takda blaja di skolah dulu ka Ali?

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top