CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditanya Isu Bakal Disaman Syamsul Yusof, Farid Kamil Jawab "Saya Tak Kenal Siapa Dia"

28-3-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7470| Komen: 29

Farid Kamil memberi jawapan ringkas berbunyi sinikal berhubung Syamsul Yusof yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya susulan satu sindiran kononnya mendakwa pengarah sensasi itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana sebelum ini.


“Saya tak kenal siapa dia," jawabnya ringkas.

Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi, memberikan jawapan tersebut sambil tersenyum mengulas persoalan media mengenai tindakan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.


Kosmo

‘Diana’ yang disebutkan dalam InstaStory Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari sebelum ini dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, menerusi satu siaran audiosiar (podcast) Studio Sembang mendedahkan dirinya dipukul seorang lelaki yang merupakan bekas kekasihnya namun tidak menyebut sebarang nama.


“Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid,” kata Diana.

Sebelum ini, Syamsul memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid disebabkan muat naik kenyataan yang disifatkannya sebagai kebudak-budakan tersebut.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan mereka berakhir pada penghujung 2008.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 28-3-2023 05:04 PM
Lalok ke ape FK ni. Atau saja nak melawak.
Quote dudaberhias 28-3-2023 05:20 PM
kat mahkamah pun masih lalok dan bercakap mulut herot... mana la DD tak tepis ko nyahhh bila ko nak peluk... muka pun berlubang2 boleh tuang teh ais... kena tepek2 dan tampal pakai putty filler yang beli kat mr diy nak bagi licin...

datang2 plak dalam keadaan lalok bagi bunga dengan cincin yang dah pajak gadai 8 tahun... choi! aku pun boleh beli benda tu... patutnya datang2 tu bawak la surat harta pusaka, geran rumah atau geran tanah dan bagitahu nak tukar ke nama DD... baru la sejuk hati dia dan kembali kepada kau... ni takat cincin berapa hengget je tu iols tak layan hokkeh... DD pun ada emas geng sajat 999 gittew tersorok kat dalam almari baju!
Quote sharlenetexas 28-3-2023 09:46 PM
Feeling2 acik mariah carey ke?

Quote LembingDayanti 28-3-2023 09:48 PM
dua dua buruk
Quote dua_chzy 28-3-2023 09:49 PM
Lawak plak dia whoareyuskan Solidensop.
Quote sharlenetexas 28-3-2023 09:50 PM
Edited by sharlenetexas at 28-3-2023 09:52 PM

Acik mariah

mariah-carey-i-dont-know-her.gif
1495.jpg


Quote namieamuro 28-3-2023 09:59 PM
omg i pun teringat acik mariah bile reporter tanye psl jLo

parid kecut usus ler tu bile solident nk heret p mahkamah. baru berabis beli bunge beli cincin
Quote Suchi 28-3-2023 10:02 PM
Takde ke gambo candid lain
Quote Zazama 28-3-2023 10:47 PM
Budak dua orangs ni memang haru betul lah!
Quote epal_putih 28-3-2023 10:51 PM
Bayangkan letak fk dan sol sebilik
Quote sharlenetexas 28-3-2023 10:54 PM
epal_putih replied at 28-3-2023 10:51 PM
Bayangkan letak fk dan sol sebilik

Sape top sape bottom?


Quote nordin84 28-3-2023 10:56 PM
mslhmye dlm sembang santai tu jgk dd puji fk nelangit.. tetibe mintak cerai.. bipolar ke
Quote rosevelvet 28-3-2023 11:01 PM
nordin84 replied at 28-3-2023 10:56 PM
mslhmye dlm sembang santai tu jgk dd puji fk nelangit.. tetibe mintak cerai.. bipolar ke

Tuler... Tp acik porumer sume sokong dd sbb dd cantik deserve better. Hilang dh yg dd puji parit melangit. Boleh dikatakan tiap hari kuar benang dd puji parit.
Quote nordin84 28-3-2023 11:06 PM
rosevelvet replied at 28-3-2023 11:01 PM
Tuler... Tp acik porumer sume sokong dd sbb dd cantik deserve better. Hilang dh yg dd puji parit m ...

kannnn, sblm ni pun ckp parit lembut dgn ank2.. out of nowhere tuntut cerai dan muke dia sgt menahan marah yg lama. yes mmg dd cantik dan kawen terlalu awal.. umur 22 xslp.. mmg silap besar
Quote OyenLemas 28-3-2023 11:29 PM
agak2 ape la perasan sol sol bila tgk FK respond dgn wartawan cenggitu?
Quote Fly_over 28-3-2023 11:31 PM
dua_chzy replied at 28-3-2023 09:49 PM
Lawak plak dia whoareyuskan Solidensop.

masa kt dd kemain jd mat romeo. skali tanya psl sol terus berubah.. di whoareyus whoareyus kan sol..
Quote lyshafull 28-3-2023 11:36 PM
Lawak k masa dia jawab x kenal ru
Mesti sol mendidih je dgr
Quote orkidorkido 28-3-2023 11:42 PM
Semacam jer farid hari ni
Quote mojarean_X 28-3-2023 11:43 PM
Dapat inspirasi dari acik mariah carey ke?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055989 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top