Orang ramai marah dan tak puas hati dengan harga karipap tidak masuk akal di bazar Ramadan Seksyen 7 Bangi. Karipap kurus, kurang inti dan mahal ini, dijual dengan harga yang tidak berpatutan mengundang rasa kecewa orang ramai kerana sering tertipu dengan helah peniaga.
Menurut Fadhullah Zamir, dia pergi membeli kuih-muih seperti karipap untuk dijadikan juadah berbuka puasa nanti, tetapi dia berasa terkejut apabila mendengar harga RM5 untuk tiga biji karipap. “Dah dapat karipap tapi masih dalam keadaan terkejut. Tiga biji RM5. Saya ingat saya salah dengar bila kakak tu bagitahu. “Dua kali juga dia cakap, tapi dah pegang plastik, saya bayar sajalah,” luahnya melalui hantaran di Facebook Bandar Baru Bangi Community. Dia yang berasa terkejut menasihatkan kepada peniaga di bazar Ramadan untuk tidak lagi meletakkan harga yang tidak masuk akal begini di bulan ramadan yang mulia ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kesal mereka dengan harga makanan yang semakin tidak masuk akal di bazar Ramadan. “Selalu kuih ni paling mahal pun RM3.50 untuk 4 ke 5 biji,” komen Waziha Wahid. “Elok tanya harga dulu sebelum membeli pergi bazar Ramadan lepas ni, takut terkejut dibuatnya,” komen Anyiee Hunter. -CARI Sumber: Kosmo
|
matamata replied at 28-3-2023 03:49 PM
Woi babi, hari ni saja dah berata topik bazar ramadan kau bukak laaa
Kitty_catz replied at 28-3-2023 05:21 PM
merge je la oiii
baper kali nak cakap daaa
makita replied at 28-3-2023 03:48 PM
Dulu2 pnh tanya harga cempedak..singgit satu. Meols mcm nak ckp kensel mcm takut kecik ati. So order ...
noor2 replied at 28-3-2023 06:00 PM
TT kejar duit raya la tu....hehe
krustykrab replied at 28-3-2023 06:05 PM
Mana tak bengang sbb nk kena kira kos plastik jgk
Iols kan kalau rege camtu mmg tak beli la.. ...
makita replied at 28-3-2023 06:10 PM
Dia pakai bag kertas. Tu la kos gak tu. Tpi len kali letak la harga siap2..xyah la kita bertanya l ...
makita replied at 28-3-2023 06:10 PM
Dia pakai bag kertas. Tu la kos gak tu. Tpi len kali letak la harga siap2..xyah la kita bertanya l ...
ADVERTISEMENT