CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Beruk Beli Tauhu Sumbat Dicucuk Sayur, Hanya Ada Dua Hiris Timun Dan Sepotong Lobak

28-3-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5156| Komen: 27

Sedia maklum tauhu sumbat akan dipenuhi dengan hirisan halus timun dan lobak serta tauge yang dicelur dengan air panas.

Namun seorang lelaki terkejut apabali tauhu yang dibeli di bazar Ramadan hanya dicucuk dengan dua hirisan timun dan sepotong lobak.


"Ni tauhu sumbat ke tauhu cucuk ni? Alahai, sesuai untuk sesiapa yang tak makan sayur," tulisnya di TikTok.




Tak menyatakan lokasi, perkongsiannya itu meraih perhatian netizen yang berpandangan bahawa segelintir peniaga nampaknya masih bersikap ambil ringan dalam menjual juadah berbuka puasa kepada pelanggan.

Pada masa sama, ada yang menyifatkannya bahawa makanan yang dibeli itu sebagai ‘stail baharu’ untuk tauhu sumbat.

"Itu dia, stail baharu ni. Tahun ni bazar Ramadan pun ramai scam eh.

"Senang kerja dia ye, main cucuk macam tu je. Betul-betul tiga ketul sayur kena sumbat.


"Tauhu asal boleh ni. Macam tu budak lima tahun pun pandai buat," demikian antara komen netizen.

Kelainan yang ditampilkan dalam tauhu ‘cucuk’ itu turut membuatkan netizen mempersoalkan harga jualannya.

"Dia (peniaga) jual berapa tu?

"Tauhu Rahmah ni," komen netizen yang merujuk harga menu yang dijual pada harga lebih murah iaitu konsep yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat khususnya golongan B40. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 28-3-2023 01:48 PM
ayoyo merged je la semer tered peniaga ramadhonn buat hal hari ni yach

banyak betul mcm cendawan lepas hujan
Quote Samerosie 28-3-2023 01:50 PM
eh apa ni??? untuk contents ke?  takan kau buta tak nampak macam tu kau beli juga?  
By the way, bukan susah yach buat ni, buat sendiri je kau nak sumbat berapa banyak benda dalam tu pun sukati.  Personally, iols suka timun dan taugeh macam mak meols buat.
Quote Simunggu 28-3-2023 02:42 PM
betul kah tidak ni....
Quote OyenLemas 28-3-2023 02:49 PM
sendiri buat kottttt
Quote shernazz 28-3-2023 02:52 PM
Peliks sungguh main cucuk.helok.plak.tu...
Kalau btol.orang jual..mesti kau beli utk content kan
Quote ketupatnasi 28-3-2023 03:06 PM
itu tauhu cucuk dek
dia kalau sumbat ni menggambarkan terlebih penuh.
Quote sangbara2020 28-3-2023 03:21 PM
psl peniaga ni 1 tered je cukup la
Quote KamikuP 28-3-2023 03:43 PM
Rasanya netizen saja je buat cerita nak menjahanamkan peniaga pasar remdan yg suci murni itu
Quote cmf_premierleag 28-3-2023 03:48 PM
Aku rasa dia saja je buat sbb lapar perhatian netizen..seteruk2 bazaar ramadhan, takkan le peniaga  bengap sgt smpi nk buat mcm tu
Quote kucingitam 28-3-2023 03:53 PM
Samerosie replied at 28-3-2023 01:50 PM
eh apa ni??? untuk contents ke?  takan kau buta tak nampak macam tu kau beli juga?  
By the way, buk ...

kan..macam lah tak nampak isi tauhu sumbat tu...tak hagak2 menipu bulan2 puasa ni
Quote matchstick 28-3-2023 03:54 PM
Aku pun syak ini cuma content semata.. TikToker lapar pedal dan lapar perhatian di bulan poser err ni
Quote Samerosie 28-3-2023 06:00 PM
kucingitam replied at 28-3-2023 03:53 PM
kan..macam lah tak nampak isi tauhu sumbat tu...tak hagak2 menipu bulan2 puasa ni

entahnya ... tak logik bethol. Dah macam apa je cucuk2 macam tu hahaha cam gigi kartun.
Quote Tinot7 28-3-2023 06:12 PM
Takkan masa juai tu, deme hidang dlm keadaan terjojol mcm tu?
Quote isseliparjepun 28-3-2023 06:17 PM
Macam temberang jek. Kalau macam tu ghope nye takkan la mike duk membeli jugak.
Quote otai_g 28-3-2023 08:15 PM
Demi secebis like..
Quote mejaputih 28-3-2023 08:18 PM
Tak baik tipu di bulan puasa...tak berkat dpt duit hasil tontonan video tu..
Quote pu3_rania 28-3-2023 10:55 PM
Agak-agak lah nak membongak dan bodoh2 kan orang si TikToker attention seeker demi secebis content yang bangang
Kalau dapat tahu nama si TikToker ni mahu aku sental kepala hotak dia dengan berus sabut basuh bontot kuali
Bukan semua peniaga bazaar Ramadhan tu menipu cuma segelintir aje yang buat kerja keji
Quote jari10 28-3-2023 11:09 PM
cmf_premierleag replied at 28-3-2023 03:48 PM
Aku rasa dia saja je buat sbb lapar perhatian netizen..seteruk2 bazaar ramadhan, takkan le peniaga   ...

Pembeli tu yg terpaling bengap…. Kalau sungguhlah, tak kan dia tak nampak bercucuk gitu masa nak beli. Pastu buat2 terkejut..so aku yakin ini demi konten semata.lapaq perhatian
Quote HabukBesi 29-3-2023 09:29 AM
tahu ke tak tahu tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.126312 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top