Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mengesahkan lelaki memukul imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad lalu merupakan seorang penagih selain mempunyai masalah kesihatan mental.
Hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah. Beliau berkata, kesan pengambilan dadah, suspek dipercayai berhalusinasi mendengar imam yang memimpin solat Subuh ketika itu memanggil namanya sekali gus menjurus kepada tindakan terbabit. “Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang bekas tentara, mempunyai rekod jenayah dan mengalami masalah mental. “Suspek kini ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan kesalahan kacau ganggu di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan. “Suspek sudah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Ramli berkata, lelaki tersebut merupakan gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Square di bandar ini sebagai tempat tidur dan merayau. Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini sekitar pukul 6.18 pagi Ahad lalu. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih. Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dalam kenyataannya meminta orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab jika berdepan tindakan undang-undang. Sumber: UTUSAN
|
bulalof replied at 29-3-2023 12:28 PM
tentera bersara awal sgt. patut lepas bersara carikan mereka kerja atau berikan mereka kemahiran bar ...
jazaa100 replied at 29-3-2023 08:37 PM
Sblm bersara, dorang dah dihantar berkursus....
Klu nk bukak bisnes bakery, dorang dihantar berkur ...
ADVERTISEMENT