CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Dirakam CCTV, Budak Nakal Kantoi Baling Mercun Ke Halaman Rumah Orang Lepas Berang Kena Tegur

28-3-2023 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5415| Komen: 23

PETALING JAYA – Tindakan nakal seorang kanak-kanak membaling mercun ke halaman rumah seorang penduduk berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik tuan rumah.

Menerusi klip video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik di kumpulan Facebook, Penduduk Sungai Petani memaparkan kegiatan kanak-kanak itu yang datang dengan menaiki basikal sebelum berhenti di hadapan rumah tersebut dan bertindak membaling mercun ke arah kediaman itu.


Keterangan di dalam rakaman itu menjelaskan kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah malam tadi.


Foto: FB

Rakaman itu turut menjadi tular pagi ini dan ramai memberi pelbagai reaksi di ruangan komen termasuk meminta tuan rumah membuat laporan polis dengan menampilkan bukti yang ada.

“Buat laporan polis, biar mak bapa budak itu dipanggil, biar mereka tahu apa anak-anak buat waktu malam, kata nak keluar pergi terawih, tapi sibuk buat masalah baling mercun ke rumah orang,” cadang Azizah.


“Nakal la budak zaman sekarang, kalau terbakar rumah orang tu kena api mercun, tak pasal-pasal jadi kes lebih besar, silap-silap masuk juvana kau dik,” kata Sazali.

Sementara itu, pemilik rumah yang menggunakan akaun Facebook, CikkLehaa CikkLehaa turut memberi komen dan penjelasan berkaitan kejadian yang berkaku.

Katanya, dia agak terkejut pada malam kejadian apabila secara tiba-tiba terdengar bunyi mercun yang kuat berdekatan bilik tidurnya.

“Saya pemilik rumah ini, dalam situasi ini nak marah semua ada, kalau ikutkan hati nak sahaja buat laporan polis.

“Saya tak sebelahkan suami saya. Ya, suami saya ada tegur budak-budak itu. Mungkin budak itu rasa cara suami saya kasar atau apa saya tak tahu, tapi sampai nak baling ke dalam rumah memang saya nak marah,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia bimbang kejadian tersebut boleh mengundang kepada kemalangan lebih serius.

“Andai budak itu baling mercun terkena tingkap rumah saya, anak saya memang dah dapat sakit, baling itu dah dekat bilik tidur. Alhamdulillah, nasib tidak jadi apa-apa.

“Andai mak ayah budak ini baca hantaran ini, saya minta maaf, cuba nasihat, mungkin hari ini rumah saya dan mana tahu esok lusa rumah orang lain, mungkin rumah saya tak terbakar tapi rumah orang?,” pesannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 28-3-2023 11:32 AM
mohon buat laopran polis. moga budak tu di kaunseling kan dgn cara baik.
Quote sarahmirza 28-3-2023 11:37 AM
Jenis budak2 mak bapak tak kisah anak2 buat aktiviti apa ni...
Kalau jenis yang kisah, anak pergi balik terawih or ke mana2, mesti sama2 dengan depa..
Quote tri-max 28-3-2023 11:50 AM
budak jenis simpan dendam ni payah sikit
sedangkan fosil tua punya dendam pun da jadik tempoyak masam still go on
Quote nakkomenjugak 28-3-2023 01:14 PM
tampar aje budak tu dengan selipar
Quote ezacbee 28-3-2023 01:20 PM
Budak2 sekarang mana boleh tegur.. Tegur baik2 kita lak kena maki. Mulut tu dah biasa maki kat mak bapak tu yg orang luar pun terkena tempias.. Klo pe jadi memang aku padankan budak2 camtu..
Quote cranell 28-3-2023 01:20 PM
Buat laporan polis la, biar budak tu berakal sikit
Quote supernaturalee 28-3-2023 01:23 PM
nakkomenjugak replied at 28-3-2023 01:14 PM
tampar aje budak tu dengan selipar

the same slipper from insiden surau semalam





Quote cmf_premierleag 28-3-2023 01:24 PM
Report je polis..biar kene htr ke henry gurney pastu biar gelap masa depan budak tu.tu je cara nk ajar budak x reti bahasa ni
Quote lasagnaklcc 28-3-2023 01:26 PM
Gertak sikit bdk2 tu ckp ada bukti boleh report polis kalau kejadian berulang. Kalau mak bapak pulak dtg serang time ni la report polis betul2.
Quote Supersirap 28-3-2023 01:53 PM
Masih sempat lagi untuk menegur kanak-kanak tersebut kearah kebaikkan
Quote pooh~key 28-3-2023 02:09 PM
Komen murni sungguh semua orang hihihihihikohkohkohkohkohkohkohkohkohkohtey sis.
Quote tungkai 28-3-2023 02:17 PM
Terus buat report polis. Org2 skrg ni suka take advantage, manipulative dan mcm2 lagi. Protect your self first...
Quote mdhelmi 28-3-2023 02:24 PM
dulu masa remaja kat kg masa pagi raya
aku suka bakar mercun bola baling kat rumah sebelah
tolong kejutkan
Quote namr 28-3-2023 02:25 PM
ciri2 bakal penjenayah
Quote LautBiru52 28-3-2023 02:42 PM
budak2 sekarang mmg tak reti takut.
Quote tripleid 28-3-2023 02:44 PM
Amboi dekk..nak buat dajal pun tanggal lah dulu kopiah tu dekk
Quote cikatilia 28-3-2023 02:56 PM
mesti mak pak pon mcm samseng
Quote sukacactus 28-3-2023 03:08 PM
Baik nau tuan rumah ni
Quote sangbara2020 28-3-2023 03:24 PM
amboi kau dekk sejenis simpan dendam....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068463 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top