Diana Danielle menafikan dakwaan Farid Kamil, 42, yang menuduhnya berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian. Katanya segala tuduhan yang dibuat Farid adalah fitnah semata-mata dan segala masalah yang berlaku berpunca daripada kesalahan suaminya.
"Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau 'kantoi' kenapa nak bawa bunga? "Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun," katanya kepada Harian Metro. Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Tambah Diana, kehadiran Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya mahu menjaga maruahnya. "Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak, Diana memberitahu, puteri keduanya, Aurora, 8, kini berada dalam keadaan trauma. "Aurora trauma," katanya yang enggan menjawab punca anaknya itu trauma. -CARI Sumber: Harian Metro
|
zuriey replied at 28-3-2023 11:15 AM
Sudah hilang 8 tahun ke masuk pajak gadai sis .
jihyomelly replied at 28-3-2023 11:18 AM
musykil nape aurora trauma? parit pukul dd dpn anak2 ke tgh kacip dpn anak2…
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...
zuriey replied at 28-3-2023 11:21 AM
Hal apa parit bt sis smpi jumpa ppim
MilanAdelynn replied at 28-3-2023 11:25 AM
Ada je laki yana tu masuk. Dia komen semoga dipermudahkan uols.
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...
bulalof: we want more. berita2 aib camn ...
Belibis replied at 28-3-2023 11:56 AM
Iya...iya..berita2 lain pasal air soya mahal,murtabak 20rm tidak menceriakan perut kami.
ADVERTISEMENT