CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengamal Perubatan Wanita Galak Isteri Benarkan Poligami Untuk Elak Suami Dapat Kanser Prostat

28-3-2023 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5281| Komen: 22

Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai kenyataan kontroversi seorang pengamal perubatan wanita yang menyentuh soal poligami.

Dalam satu potongan video pendek yang diambil daripada TikTok, wanita itu menasihatkan isteri pertama agar mengizinkan poligami jika si suami mampu kerana ia boleh mengurangkan kebarangkalian kaum Adam mendapat kanser prostat.


Wanita itu menjelaskan kekerapan hubungan kelamin boleh mengawal kandungan hormon lelaki yang menyumbang kepada pembentukan kanser prostat.


Gambar Hiasan

Justeru katanya, jika seseorang isteri itu tidak berdaya melayani suaminya, maka dia harus membenarkan poligami dalam rumah tangganya.

Bagaimanapun wanita terbabit dikecam hebat oleh warga maya dan rata-rata netizen menolak mentah-mentah perkongsiannya.

Dr Muhamad Hazwan Nazri tampil menjelaskan.

"Prostat ini adalah organ yang ada pada lelaki, salah satu fungsinya bertujuan untuk penghasilan air mani, sebahagian daripada sistem reproduksi lelaki.


"Kanser prostat selalunya melibatkan warga emas, lelaki yang berumur 60 tahun ke atas, paling kerap terjadi kepada mereka yang berumur antara 65 hingga 66 tahun.

"Mengapa lelaki warga emas yang kerap kena kanser prostat? Sebabnya kandungan hormon Dihydrotestosterone dalam badan mereka semakin meningkat dengan usia.

"Hormon ini penyebab utama kepada kanser prostat, ia menyebabkan sel-sel prostat gagal berfungsi dan dikawal, sehingga ia membesar, outgrowth, out of control dan akhirnya menjadi kanser," terang Dr Wan.

Menyentuh mengenai soal poligami boleh membantu mencegah kanser prostat, Dr Wan mengatakan ada kebenaran di sebalik kenyataan itu.

"Kita kena tahu dulu apakah punca yang selalu menyumbang kepada kanser prostat. Antaranya ialah genetik, merokok, makanan tinggi lemak, kurang fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Seterusnya ialah makan daging merah dan gaya hidup yang tidak aktif atau sihat. Selain itu, ini perkara yang ramai selalu bincangkan, pengeluaran air mani.

"Ini betul, memang ada kajian di Harvard University dan Australia yang menunjukkan kalau kita kurang mengeluarkan air mani, ia meningkatkan risiko kita mendapat kanser prostat.

"Jadi betul, poligami in a way boleh membantu sebab kita lebih kerap bersama wanita, kerap keluarkan air mani, ia mengurangkan hormon Dihydrotestosterone dan mengaktifkan sel-sel di prostat," ujar Dr Wan.

Namun begitu, Dr Wan memberitahu poligami bukanlah satu-satunya cara untuk mencegah kanser prostat.

"Tak semestinya poligami sahaja, jika kita ada seorang isteri dan kerap bersama, benefit dia tetap sama untuk mengurangkan risiko kanser prostat.

"Selain bersama dengan pasangan untuk mengeluarkan air mani, cara lain juga adalah dengan beronani. Tetapi cara ini tidak digalakkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

"Kebaikan beronani mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostat tetapi keburukannya banyak tak terhingga. Lemah syahwat, masalah rumah tangga, jangkitan pada saluran air kencing dan semestinya dalam Islam, benda ini berdosa.

"Onani juga boleh menyebabkan kita hilang semangat dan keyakinan diri serta daya ingatan melemah. Oleh itu, saya tak galakkan beronani kalau nak mengurangkan risiko kanser prostat," kata Dr Wan.

Menurut Dr Wan, perkara utama yang boleh dilakukan untuk melawan kanser prostat adalah melalui ujian saringan awal.

"Apa yang saya boleh nasihatkan adalah pergi buat screening untuk dapatkan berita awal. Lagi-lagi kalau bapa ada kanser, chances lagi tinggi, jadi anak lelaki apabila dah berumur 25 tahun ke atas pergi buat screening.

"Kita buat screening yang khas untuk kanser prostat dinamakan sebagai ujian PSA, iaitu Prostate-Specific Antigen (PSA) Test, ia memberikan rough idea kepada doktor jika kita mungkin ada kanser prostat.

"Kalau kita buat screening awal, dapat tahu awal, kita dapat cegah awal sebelum terlambat," kata Dr Wan memberikan peringatan.

Dr Wan mengatakan selain daripada ujian saringan, langkah-langkah ini juga boleh diambil untuk mengurangkan risiko kanser prostat.

"Macam tadi kita dah kupas tentang punca-punca kanser prostat, jadi sekarang kita buat yang berlawanan.

"Aktifkan diri untuk bersenam, elakkan makanan yang tinggi dengan lemak binatang, kurangkan merokok dan kalau boleh berhenti terus.

"Dari segi supplement, kita boleh amalkan makan biji labu, Magneisum, Vitamin B Complex dan yang paling penting adalah herba Saw Palmetto," ujar Dr Wan menoktahkan bicara.

Untuk rekod Dr Wan merupakan pengamal perubatan yang banyak berkongsi ilmu kesihatan dan nutrisi menerusi platform media sosial. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-3-2023 11:00 AM
kalau manjang nak itu tapi xmampu nak menambah cawangan wat camno kann.. mmg kena buat cara lain lah
Quote ifanonline 28-3-2023 11:14 AM
langkah2 utk mengelakkan kanser prostat ni adalah masturbasi i.e. lancap/toceng

tidak perlu pun berpoligami...lancap is free, environmental friendly, user friendly and less time consuming
Quote bulalof 28-3-2023 11:15 AM
ifanonline replied at 28-3-2023 11:14 AM
langkah2 utk mengelakkan kanser prostat ni adalah masturbasi i.e. lancap/toceng

tidak perlu pun ber ...

kihkihkih...

and the westeners researchers said it will make u live longer.
Quote ifanonline 28-3-2023 11:24 AM
bulalof replied at 28-3-2023 11:15 AM
kihkihkih...

and the westeners researchers said it will make u live longer.

tapi masturbation ni hanya utk lelaki saje ye...wanita tidak dibenarkan sama sekali, it can cause cervical cancer pula
Quote bulalof 28-3-2023 11:25 AM
ifanonline replied at 28-3-2023 11:24 AM
tapi masturbation ni hanya utk lelaki saje ye...wanita tidak dibenarkan sama sekali, in can cause  ...

noted on that matter.
Quote vanillaninja 28-3-2023 11:27 AM
Siapa acik pengamal perubatan wanita tu? Self-proclaimed ke?
Quote Decaffeinated 28-3-2023 12:58 PM
punyalah banyak solution 1,2,3.... yang nombor 40 juga yang dia nampak

Melayuuu sangat

Quote Kitty_catz 28-3-2023 05:30 PM
suh laki ang aje la buat

tapaya libatkan onglain

Quote Suchi 28-3-2023 06:13 PM
Kalau camtu umur 60an buang jela lato2 tu, kembiri mcm kucing tu
Setel masalah.
Nak kuar air mani buat apa lagi, bukan larat pun nak cara anak kecik.
Quote krustykrab 28-3-2023 06:15 PM
Nk layan nafsu lelaki je tak tak pikir mampu dr segi lain. Setajah songsang nih
Quote rogayahtop 28-3-2023 09:21 PM
haah bini kena kanser servik dah madu bekas bosia berpuluh2 tote dah rasa segala penyakit berjangkit ada  sebelum bermadu sila mintak suami dan bakal madu dua2 buat full test STI.

Jangan terkejut ye kalau madu2 dapat penyakit lepas suami kawin baru.
Quote makita 28-3-2023 09:44 PM
Boleh, tp suami kepada pengamal perubatan wanita tu mulakan dulu.
Quote PULANGKAN 28-3-2023 10:23 PM
Iols paham kalau wanita tak sanggup berpoligami
walaupun hubby tu mampu dan perfect dan mampu berlaku adil

tapi kalau sampai ke tahap menolak terus poligami
bawak2 le mengucap dua kalimah syahadah
Quote becir 28-3-2023 10:37 PM
Poligami sebab nak selamatkan telur, last2 dapat high BP
Quote midori888 28-3-2023 10:41 PM
Suami dia dah poligami ke Blum?
Quote naina 28-3-2023 10:47 PM
Layan jelah suami tu hari² sampai dia pun tak mampu nak keluarkan mani dah. Sure tengok perempuan lain pun jemu. Sebab dah kenyanggg. Poligami bukan jalan penyelesaian. Lagi stress penat mental fizikal dan banyak wang belanja
Quote Dovahkiin 29-3-2023 05:32 AM
The golden rules for married women, "Fill his tummy and empty his balls". Kalau x mampu, benarkan laki carik lain. Kalau x sanggup, mintak cerai.
Quote blue_blur 29-3-2023 07:32 AM
dah tu, yang mati pucuk, yang kencing manis, semua tu 100% bakal dapat kanser prostat?
Quote Lilipelangi 29-3-2023 07:38 AM
Suchi replied at 28-3-2023 06:13 PM
Kalau camtu umur 60an buang jela lato2 tu, kembiri mcm kucing tu
Setel masalah.
Nak kuar air mani bu ...

Aduh komen kaka… kembiri mcm kucing..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062933 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top