CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Merungut Air Soya RM6, Terus Beli Air Kotak Di Kedai Cuma RM2- Peniaga Bazar Akhirnya 'Tunduk' Terus Turunkan Harga

28-3-2023 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11762| Komen: 145

Seorang pelanggan, Khairul Azri menceritakan pengalamannya berkunjung ke sebuah bazar Ramadan yang tidak dinyatakan lokasi untuk membeli minuman.

Khairul membatalkan keinginan untuk membeli air soya yang dianggap mahal apabila dijual pada harga RM6 sebungkus.


Selepas meninggalkan bazar, dia singgah ke sebuah pasar raya untuk membeli air yang sama tetapi pada harga hampir tiga kali ganda lebih murah.

Foto: Twitter

Dalam satu ciapan yang dibuat, Khairul menunjukkan gambar sekotak air soya yang dibeli dalam kuantiti 1 liter.

"Singgah bazar sebab teringin nak beli air soya. Tengok sebungkus sampai RM6, ais pun dah cair.

"Masuk balik kereta singgah sebuah pasar raya, seliter RM2.09, ais sebungkus besar RM1.50.

"Dijamin sedap, selamat dan berlogo halal," katanya dalam ciapan tersebut.




Setelah ciapan yang dibuat,mendapat perhatian ramai, peniaga tersebut bertindak menurunkan harga air soya yang dijual kepada RM4.

Perkara itu dikongsikan oleh Khairul menerusi satu lagi hantaran pada hari berikutnya yang mana dia menganggap peniaga tersebut berkemungkinan terkesan dengan 'tweet'nya.

"Ha... boleh je pun sebenarnya. Beli tiga bungkus, satu untuk kita, dua lagi sedekah pak jaga (security guard) taman (perumahan) dan jiran.

"Rugilah bang... banding semalam konon nak jimat RM6 hari ni keluar sampai RM12.

"Bukan harga dalam RM (ringgit Malaysia) tu yang menjadi isunya tapi nilai sikap penjual yang expect pembeli kena telan harga tak masuk akal itu yang menjadi kebencian," katanya lagi.

Dalam pada itu dia turut memberikan cadangan agar pelanggan sentiasa memberikan sokongan kepada peniaga sekiranya makanan atau minuman dijual pada harga berpatutan.

Jika diteliti di ruangan komen, ada netizen menyatakan harga tersebut berbeza disebabkan cara pembuatan air soya tersebut.

"Air soya di bazar tu dibuat dalam skala kecil dan segar. Siapa yang biasa buat air soya homemade tahu la prosesnya (basuh, rendam, rebus, tapis kulit, kisar dan tapis lagi).

"Air kotak ni dibuat dari kilang dan ditambah ada emulsifier, food conditioner yang ada beberapa orang tak suka ambil (minum)," ujar seorang pelayar membalas ciapan asal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen dilihat meluahkan mengenai isu harga makanan di bazar yang dianggap semakin 'melampau'.

"Puasa tahun ni entahlah, bazar memang tiada dalam senarai. Langsung tak teringin nak masuk sebab tahu harga makin merapu dan rasa yang tak berapa memuaskan.

"Bazar sekarang dah macam food festival. Mahal gila. Murtabak RM6, roti john RM8, air soya RM6. Semua naik RM2 hingga RM4. Kalau sedap, tak apa la juga.

"Lama dah aku praktik beli air dalam kotak sejak air bungkus naik harga sampai RM3. Bukan tak nak sokong peniaga bumi tapi dah peniaga sendiri tak jaga mutu jualan," demikian antara komen netizen.

Sebagai pelanggan yang bijak, kita harus tahu menilai dan memilih makanan ketika berbelanja di bulan puasa.

Tambahan pula, dalam bulan Ramadan mulia ini kita haruslah lebih memberi fokus pada amalan ibadah kita terlebih dahulu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 28-3-2023 10:18 AM
kat umah aku pon minum soya kotak gak
Quote ifanonline 28-3-2023 10:22 AM
cina jugak jual murah
Quote albedah 28-3-2023 10:41 AM
Dia turun rega sbb tu air semalam maaa
Quote cikatilia 28-3-2023 10:43 AM
RM1.50 ais tu pon bole pakai beberapa hari bukan abis sekali...
Quote tri-max 28-3-2023 10:47 AM
kitorg pun tak layan air psr ramadhan
baik beli air calpis, ke air bliss utk anak2, letak ais ketul
kalau hari panas , 100 plus pun jalan...
Quote Madel 28-3-2023 10:48 AM
Ada Speedmart baru buka sepelauang ajr dari rumah aku ni.
Tengah sale..baik aku borong air kat Speedmart dari beli air kat bazar.
Kdang bebudak yg jual ni depa bukan puasa pun.,selamba aje menyedut.
Buat apa aku mengkaya kan orang2 mcm gini.
Quote prettyuglybabe 28-3-2023 10:50 AM
boikot je penjual pergi haji balik hari ni ni..
Quote bulalof 28-3-2023 10:56 AM
baru 2x ke bazar ramadan. 2x juga kecewa. selain harga yg memang sedikit naik, kualiti makanan yg hampas plg mengecewakan. wpun bila dilihat sgt mengiurkan, naum sebaliknya bila di rasa.
Quote Orix 28-3-2023 11:04 AM
ada pengawet kan soya kotak expored lambat tu ? iols suka farm fresh punya soya... mmg sekali beli 5-6 kotak tahan 3 mggu
Quote lkick2113 28-3-2023 11:06 AM
albedah replied at 28-3-2023 10:41 AM
Dia turun rega sbb tu air semalam maaa

betul jugak kan??
Quote zarul427 28-3-2023 11:11 AM


mmg mahal
peniaga jual sbb ade org beli even mahal
Quote kakikuDibibirmu 28-3-2023 11:14 AM
Tak rahmah lah ini maciam
Quote sarahmirza 28-3-2023 11:17 AM
Saya suka air soya drinho...

Tapi kalau kerajinan menjelma, saya buat sendiri air soya sambil2 dapat juga tahu kering utk masak dalam sup sayur or kuah lemak.
Quote makita 28-3-2023 11:18 AM
Kotak punya x sedap. Soya ni cina jual murah. Baik air atau taufufah. Taufufah melayu jual sebekas rm3 terapung2 dlm air gula ja.cina jual rm2.50 penuh padat.
Quote black_handbag 28-3-2023 11:19 AM
air soya panas2 bazar romadon tu kalau 5 tahun dulu, itulah air paling rahmah dan murah. berbanding air2 lain. rm3 boleh dapat seplastik dulu. skrg wah harganya sampai rm6 satu paket ye.. betul2 firaun. kalau air tebu ke i pahamla susah nak dpt, susah nak prosesnya. tp air soya ni kebanyakan seller jual curah air je banyak2 bagi cair.. pakai kacang soya tak banyak mana pon.

lama dah i tak beli soya bazar ramadan. sbb mahal. air je kot. apo harga sampai nak sama dgn nasi sebungkus?
Quote pengecatbintang 28-3-2023 11:24 AM
walaupun mahal, penjual air soya kat Bazar tu mgkn 99% Melayu Islam

ko beli kat kedai, blom tentu F&N soya tu milik melayu Islam

pembeli  ni x takut ke kene kecam ngan cai2 Pee Een?
Quote _blackbird 28-3-2023 11:40 AM
aku mmg tak minum air soya, jijik rasa nya tapi suka air khatirah. tahun i kathirah abu bakar aku dgr sebotol 1lit RM20 kat bazar . ini bukan gi haji balik hari, ni boleh tour 1 dunia 10bulan
Quote Decaffeinated 28-3-2023 11:46 AM
dah ko tak kisah air buatan kapir asal kan murah beli ja lah.

orang lain nak support perniagaan orang Islam jangan dengki khianat boleh? Ingat senang ka nak hasilkan air soya home made guna kaedah tradisi turun temurun.

Quote shernazz 28-3-2023 11:50 AM
Semalam pertama kali pergi pasar remdan bawak anak2 lepas balik sekolah n daycare..
Roti John dah siap.bungkus..beli.lah satu..
Panjang mcm biasa..tapi lebar roti TU mcm.lengan.anak.iols.umo 5 tahun

Harga rm7
Haha..sabo jelah...
Hari ni depa kata buat sundiri.je lah...

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049381 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top