Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa. Dia turut membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat memujuk isterinya Diana Danielle.
"Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama," katanya kepada mStar. Bukan hanya bunga, Farid juga beli cincin khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini. "Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada." Farid yang hadir ke mahkamah berbaju batik corak hitam putih kelihatan ceria bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Sementara itu, Diana yang hadir memakai sut berwarna hitam sempat menyapa petugas media yang menantikan kehadirannya seawal 8 pagi.
"Selamat pagi, salam Ramadan semua," katanya. Pada 20 Mac lepas, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Namun Farid enggan melepaskan aktres itu kerana masih sayangkannya. Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid. Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. -CARI
|
primarikey replied at 28-3-2023 10:09 AM
Ada jgk la usaha fk nk pujuk dd
Drpd yg sorg lg tu jumpa nk bitau giliran bermalam
nurul_akmar replied at 28-3-2023 10:20 AM
patut solly2 pon bawak bunga. baru la cair
krukx replied at 28-3-2023 10:08 AM
Lama gak dorg dh kawin. Kira lama la Diana ni bertahan & bersabar. Mungkin dia kalau boleh tak nk be ...
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
MistrezHermanaz replied at 28-3-2023 10:29 AM
means DD dh ada org lain ye..wahhh
Suchi replied at 28-3-2023 10:29 AM
Sapa org ketiga tu? Parid ke yg ada atau DD?
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
scrocth replied at 28-3-2023 10:31 AM
Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my
scrocth replied at 28-3-2023 10:31 AM
Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my
ADVERTISEMENT