Maryam Durian Kimchi masih tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak perempuannya berusia tiga tahun ke sekolah dipercayai memasuki hari kelima. Rakaman video yang dikongsikan oleh suaminya di akaun TikTok, menjadi tular mengundang rasa terharu orang ramai.
Menurut Ryzal, sebagai ibu, Maryam harus kuat kerana anak mereka akan membesar dan mempunyai haluannya sendiri suatu hari nanti. “Jadi ibu ni kena kuat, hati kena kuat nanti Rina dah besar Rina akan pergi lebih jauh lagi. Dia akan tinggalkan kita, berkahwin. “Sayang kena kuat nanti sayang menangis, Rina menangis, abang pun menangis, semua tak boleh buat kerja. Hari ini kan hari pertama berpuasa,” pujuk Ryzal.
Maryam yang dilihat teresak-esak menangis di dalam kereta tidak dapat menahan kesedihan melihat satu-satunya anak mereka membesar dan mula bersekolah. |
takkizawa replied at 27-3-2023 06:27 PM
Sorry. Dok dalam gua. Dorang ni kaya niaga apa? Tak kan semata income dri youtube?
TerataiMelur02 replied at 28-3-2023 01:07 AM
Laki ni memang rendang atau maryam terlajak tinggi?
ADVERTISEMENT