Reen Rahim tak pernah bangun bersahur sepanjang hidupnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, namun tahun ini semuanya berubah. Tabiatnya berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin kerana perlu bangun untuk menyiapkan hidangan sahur untuk suami sendiri.
“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” kata Reen di TikTok. Menerusi hantaran itu juga, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut berkongsi video dia sedang cuba mengejut suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk bangun sahur bersama-samanya. Perkongsian Reen, 34, telah menarik perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan pendedahan tersebut, malah ramai yang turut mengaku mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.
|
SherryZass replied at 27-3-2023 04:24 PM
Maksudnya bukanlah tak bangun sahur langsung kan, bangun tapi bukan makan berat-berat seperti nasi a ...
Suchi replied at 27-3-2023 02:29 PM
Yup, mil iols yg dah tua pun bangun minum nestum je bila sahur.
Hat mana yg nak mkn nasi tu depa m ...
ADVERTISEMENT