Lama tak dengar cerita Lana Nodin. Baru-baru ini Lana ada berkongsi foto terbaharu dirinya dalam Instagram. Ramai puji cantik betul macam anak patung. Sedia maklum Lana memang ada membuat pembedahan plastik membetulkan hidungnya di Korea Selatan.
Bukan suka-suka ‘repair’ hidung tau, tapi sebab ada sedikit kecacatan. Hasilnya sekarang, wajah Lana tidak ubah seperti anak patung. Rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut memuji kecantikan pelakon itu kerana dikatakan mirip seperti artis Korea. “Ya Allah, cantiknya,” puji seorang pengguna Instagram. “Semakin cantik Lana,” kata seorang lagi peminatnya. “Comel!” ujar seorang netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
dudaberhias replied at 27-3-2023 08:38 AM
Anak patung celah mana tu? Chucky?
Atau megan? Ke sebenarnya wartawan tersilap, bukan nak sebut anak ...
slyfynx replied at 27-3-2023 06:43 PM
Rabun kah deme2 ni?
Atau sarcasm jah?
ADVERTISEMENT