Penyanyi, Pelakon dan pelawak Acong kini memberi fokus kepada perniaga Cendol Santan Sawit Meletop miliknya dan terpaksa memperlahankan aktiviti seninya. Acong ketika dihubungi BOOM! berkata, sepanjang Ramadan ini, dia dan isteri berada di Singapura untuk berniaga di bazar Sembawang negara jiran itu.
Katanya lagi, dia tidak pernah berasa malu kerana terpaksa berniaga untuk mencari pendapatan lain. “Kami dah mula berniaga di Singapura sejak 20 Mac lalu sehingga 10 April ini. Di sini kami masuk berniaga di tapak ala bazar Ramadan bukan ekspo. “Sejujurnya memang ada yang tanya, tak malu ke artis berniaga cendol? Saya cakap, nak buat apa malu kalau rezeki itu Allah sudah tulis. “Asalkan dapur saya berasap dari sumber rezeki yang halal. Lagipun setiap tahun memang ada permintaan daripada orang-orang Singapura yang mahu saya datang berniaga cendol,” katanya. Bagi Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat, dunia perniagaan bukan asing buatnya.
|
naina replied at 27-3-2023 02:58 PM
Omg. Fevret betoi cendol santan sawit. Lemak berkrim sangat
exclusive_vvip replied at 27-3-2023 07:06 AM
standard ayat retis berniaga, mesti buka citer ada org tanya x malu ke retis berniaga?..ntah ya ntah ...
exclusive_vvip: standard ayat retis berniaga, ...
orangbiasaje replied at 27-3-2023 04:52 PM
Kalau abam nuar nak bukak kedai roti canai, sis pun tak banyak tanya, dtg order je sambil tengok a ...
ADVERTISEMENT