CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Harris Annuar Bersalin Awal Dua Minggu, Beri Nama Anak Aura Medina

27-3-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3047| Komen: 7

Harris Annuar memaklumkan isterinya Asha Merican selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Perlis pada Ahad kira-kira pukul 11.51 malam.

Harris berkata, isterinya bersalin awal dua minggu selepas doktor mendapati sudah ada tanda-tanda kelahiran.


Bagaimanapun, Asha terpaksa melahirkan bayi sulung itu secara pembedahan selepas proses kelahiran normal gagal.

Foto: IG

"Isteri saya dijangka bersalin pada 10 April depan, tetapi beberapa hari lepas telah menunjukkan tanda kelahiran dan terdapat bukaan sebanyak dua sentimeter.

"Saya terus bawa dia ke hospital dan doktor berikan induce. Namun, masih gagal untuk bersalin normal dan doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, lagi pun bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan," katanya ketika dihubungi mStar.



Dalam pada itu, Harris memberitahu isterinya membuat permintaan untuk melahirkan anak di Perlis kerana ingin dijaga oleh ibunya sepanjang tempoh berpantang.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana bayi dan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan sepakat memberikan nama puteri sulung mereka sebagai Aura Medina.



"Kami memang sudah berada di Perlis untuk membuat persediaan bersalin. Asha memang mahu melahirkan di sini kerana mahu ibunya menjaga sewaktu berpantang.

"Alhamdulillah, bayi dan isteri saya baik-baik saja. Kami memberikan nama Aura Medina dan syukur bayi kami sihat dengan berat 2.76 kilogram," ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Pulau ini turut meluahkan rasa sebak dan tidak menyangka kini sudah mempunyai seorang cahaya mata.



"Saya sebenarnya tak menyangka dah jadi seorang ayah. Perasaan sebak, rasa nak menangis semua ada. Biasalah Harris Annuar kan.

"Tapi apa-apa pun saya bersyukur semuanya sudah dipermudahkan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isteri dan anak saya," katanya.

Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga bersama Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idayusoff 27-3-2023 02:47 PM
okaay..tahniah..
Quote kepompong 27-3-2023 03:02 PM
wah nama sama bff mrs agoundu
Quote downiey 27-3-2023 07:20 PM
alhamdulillah,..tahniah
Quote Suchi 27-3-2023 09:22 PM
Tahniah, harap takde dah cerita mengidam nak bau simen bagai
Quote bottompro 27-3-2023 09:25 PM
MUKA HESHE MEMANG MACAM PENYANYI RAP ONE-HIT WONDER BUDAK FLET.
Quote TomyamPuteh 27-3-2023 10:00 PM
Rupa baby Haris mmg AAA la. Aku dh tgk muka baby dia. Tersangaaatttttt la comelnya. Adik aku staff kt KPJ Perlis nun. Dia yg share. Haris dh pesan jgn share2 dgn org luar.
Quote LadyCarefree 27-3-2023 11:39 PM
jgn edisi kalkulator dah lah. Tapi kalau ya pun ok je.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.038904 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top