CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Orang Perempuan Ni Kalau Sayang, Lebih Dari Nyawa Dia' - Nabila Huda

27-3-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3589| Komen: 2

Nabila Huda menerusi perkongsian di laman sosial berpendapat kaum lelaki seharusnya menghargai setiap kasih sayang yang dicurahkan pasangan mereka sebelum terlambat.

Pelakon berusia 38 tahun itu menyifatkan kaum wanita sebagai golongan yang sangat menjaga hubungan dimiliki dan jauh sekali ingin berselingkuh terhadap pasangan mereka.



IG

“Kesetiaan orang perempuan jangan cakaplah, jauh sekali nak berselingkuh. Namun, jika sekali sudah disakiti dan kepercayaan hilang, cukup," ciapnya.

Katanya, setiap individu perlu menghargai pasangan dan jangan sesekali mengkhianati cinta yang diberi.

“Nanti kalau sudah hilang, tak guna menyesal. Semua kenangan masa bersama hilang begitu sahaja,” jelasnya.



Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 berkenaan turut menasihatkan pengikutnya menerima kekurangan pasangan masing-masing dan jangan dilepaskan semua tanggungjawab kepada sebelah pihak sahaja.

“Kita yang pilih untuk hidup bersama, jadi perlu terima kelemahan dan tambah baik bersama-sama,” ujarnya.

Jelasnya, kunci utama kebahagiaan ialah sabar dan komunikasi antara pasangan.

Nabila kini bahagia di sisi suami keduanya, Mohd Izwan Johar yang dinikahi pada 2015 dan seorang anak gadis, Keisha Laila, 12.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak atau pasangan selebriti popular yang sedang berantakan seperti Diana Danielle dan Farid Kamil, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mahupun Hafidz Roshdi dan Syuhada, Nabila menegaskan perkongsian tersebut sekadar untuk peringatan bersama.



Bagaimanapun, Nabila memohon maaf seandainya hantaran itu menyinggung mana-mana pihak.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-3-2023 12:13 PM
oooh??? so ko nak kata ko sanggup terjun bangunan sebab sayang... lebih sayang dari nyawa... gittewwww???? macam la ko takde kes2 sebelum ni lagi nak fefeeling tweet2 gitu macam bbnu... duk abil kulu abil kilir... dah macam burung ababil yang baling2 batu tu... tapi sebab ko hidung bercincin lagi sesuai ko jadi al baqarah...
Quote prince_marhaen 27-3-2023 03:04 PM
dudaberhias replied at 27-3-2023 12:13 PM
oooh??? so ko nak kata ko sanggup terjun bangunan sebab sayang... lebih sayang dari nyawa... gitteww ...

hahahahahahahaha! meols lagi ngeri ye cara anak dia besarkan macam takde gap between laki dia tu...kecik sampai besar siap jeles dengan mak lagi kalau mak duk gan pak tiri..siap2 rebut2 bagai... skrg dah besar dah sekolah menengah lagi lah ngeri ye....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047453 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top