Oleh Adib Za Kajian terbaharu mendapati kira-kira 200,000 orang graduan di negara ini masih menganggur dan tidak memiliki pekerjaan walaupun memiliki sijil diploma mahupun ijazah.
Hal ini didedahkan oleh Pengarah Ekskutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Bardan. Menurutnya, antara faktor yang menyumbang kepada pengangguran ini ialah langkah kerajaan yang memberhentikan pengambilan pekerja tahun ini dan ia meliputi sehingga 15,000 pekerjaan di sektor awam. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Kosmo!
|
16
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
1.5 Juta Pekerja Bangla Akan Di Bawa Ke Malaysia
Jun 25, 2015
ALOR GAJAH – Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.
“Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang ‘fresh’ dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini.
Ahmad Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.
Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya. – BERNAMA
http://mynewshub.cc/2015/06/25/1 ... alaysia/#gs.Bi2IunY
zach2008 replied at 4-10-2015 10:59 AM
Byk mana la peluang pekerjaan baru yg wujud. Nanti pemimpin lak kata graduan ni harus fikir utk cipt ...
chinta89 replied at 4-10-2015 11:04 AM
pencen gomen 60.
lepas ni ape plk? 65 tahun??
kingnqueen replied at 4-10-2015 11:15 AM
org tempatan x sudi buat kerja bangla di malaysia
chinta89 replied at 4-10-2015 11:21 AM
semua nk kerja dalam bilik berhawa dingin... sesuai dengan taraf degree..
ADVERTISEMENT