CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Azeman Masuk Hospital, Menangis Rindu Isteri Di Rumah

27-3-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4448| Komen: 11

Zaki Azeman dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu akibat jangkitan influenza.

Kata Zaki, 29, sejak awal-awal lagi dia sudah menolak semua tawaran kerja kerana mahu meluangkan masa bersama isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran.


Foto: IG

“Tahun ini adalah pertama kali saya nak sambut puasa sebagai seorang suami. Memanglah excited pada awalnya. Namun semua perancangan tidak menjadi.

“Saya tolak semua tawaran kerja kerana mahu luangkan masa bersama isteri di rumah. Tetapi apabila dah jadi macam ini kenalah reda,” katanya ketika dihubungi mStar.



Tambah Zaki selain kesihatan diri sendiri, apa yang membuatkan dia lebih bimbang adalah keadaan isteri di rumah yang kini sedang hamil lapan bulan.

Dia bagaimanapun bersyukur, isterinya itu tidak terkena jangkitan sama biarpun dia mula rasa demam ketika di rumah.



“Isteri saya sejak kecil jarang berjauhan dengan keluarga. Jadi memang saya risau bila saya terpaksa duduk hospital. Sekarang ini saya upah pembantu untuk bantu dia di rumah.

“Sudah beberapa hari di hospital ini, ada masa saya sendiri menangis memikirkan isteri di rumah. Syukur dia tidak terkena jangkitan,” jelasnya.



Berkongsi tahap kesihatannya, Zaki berkata dia masih menerima rawatan ubat antibiotik dan kerap demam di waktu malam.

“Sejak masuk hospital, saya susah nak makan. Kalau makan pasti akan muntah. Sebab itu badan masih lemah.



“Kalau demam datang, mulalah rasa sakit seluruh badan. Mungkin saya akan ditahan wad selama lima hingga tujuh hari,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-3-2023 12:13 PM
Bukan kau dok selamanya kat hospital TU..
Ngengade lah kau....
Influenza je pung..kena kuarantin.la...

Raa suzuran ni mmg jual barang suzuran baby ke? Mahal Tau barang suzuran ni...
Quote dudaberhias 27-3-2023 12:14 PM
who is yuhhh? pun nak jadi terpaling sayang isteri jugak ke...
Quote cantthinkofany 27-3-2023 12:15 PM
ek ehhhhhhhhhhhh.....sampai nangis....video call je la...
Quote Kurex 27-3-2023 01:00 PM
Who are yussss! Ingatkan mekap artis
Quote rosedemon 27-3-2023 02:18 PM
Geli la muka bini dia kelantan sgt
Quote alyssaxkisah 27-3-2023 02:22 PM
Mesti bini dia anak orang kaya....kemain Cinta agungnya kat bini
Quote prince_marhaen 27-3-2023 03:07 PM
family suka glam suka fame, nonok bottom ni pun jadi la ye buat laki...ekekekekeke... btw video gender reveal tu annoying ye si kelate zuzuran tu punya reaction..terpaling uncle lettuwww...
Quote beta_carotene 27-3-2023 03:27 PM
bila influencer pompuan kelantan kawin dgn artis.. kekelantanan tu terpancar terik..
nk gender reveal bagai.. xsesuai dgn muka macam penjual serunding kt bazaar buluh kubu..
Quote sleepandream 27-3-2023 06:01 PM
lately ni ramai org sekeliling iols kene influenza...
Quote drewbinsky 5-4-2023 05:47 PM
Freemax Galex Pod System Kit pou adalah perangkat vape yang bagus untuk para penggemar vaping yang mencari perangkat yang mudah digunakan dan memiliki fitur-fitur keamanan yang lengkap
Quote samshik 5-4-2023 09:43 PM
Sapo nehh?? Igt hatta dolmat td

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048765 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top