Kejadian menimpa pelakon popular kelahiran negara seberang, Aaron Aziz turut mendapat perhatian Ammar Alfian. Ammar bersimpati selepas aktor itu digugurkan Syamsul Yusof dari filem The Original Gangster lebih-lebih lagi apabila pengarah berkenaan mendedahkan puncanya.
Ammar menerusi ruangan IG Story berkata, pengorbanan dan komitmen Aaron dalam menjayakan wataknya tidak seharusnya diperlekeh. Dalam pada itu, Ammar turut menawarkan dirinya untuk membantu Aaron menjalani latihan. “Jika perlukan pertolongan, saya bersedia membantu pada bila-bila masa sahaja dengan sepenuh hati saya. “Prove to people wrong by your action and dedication. Age is only a number. You can lose dem fat but never lose your dignity,” katanya memberi semangat. Tambah Ammar lagi, dia masih mahu berlawan dengan aktor berusia 47 tahun itu. Menerusi hantaran lain, Ammar sempat menitip pesanan positif buat kedua-dua aktor terbabit. Menurut Ammar, adalah lebih baik sekiranya Syamsul dan Aaron dapat duduk berbincang kerana industri ini terlalu kecil untuk bermasam muka. Pun begitu, Ammar mengakui tiada hak untuk bercakap mengenai perkara tersebut berlebihan kerana tidak ada kaitan dengan hal yang berlaku. Pun begitu, dia berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikannya dengan baik. Terdahulu, Aaron menerusi rakaman video di Instagram mendedahkan punca sebenar konflik tercetus yang bertentangan dengan kenyataan Syamsul dalam sesi sidang media sebelum itu. Aaron didakwa digugurkan dari filem berkenaan atas faktor usia, berat badan dan kesihatan. Sumber: BOOM! |
shernazz replied at 27-3-2023 12:11 PM
Ngerinya urat2 kaki dia tu...
Dah mcm jalan kampung satu Malaysia dah
Banyak simpang siur
green~tea replied at 27-3-2023 01:43 PM
Biasa orang cucuk utk timbulkan urat.. kalo naturally, kena dehydrate badan, mcm ada steps2 dia
ADVERTISEMENT