CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rezeki Mencurah-Curah Dapat Banyak Job Menyanyi- Zaki Yamani Tetap Fokus SPM, Tak Nak Pengsan Lagi Di Sekolah

27-3-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3166| Komen: 3

Description: Bukan mudah Zaki Yamani nak membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran memandangkan dia bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini.
Bukan mudah Zaki Yamani nak membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran memandangkan dia bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini.

Kata Zaki, 17, dia mungkin akan memperlahankan sedikit kerjaya seni menjelang peperiksaan dan berjanji tidak mengabaikan jadual persekolahan walaupun sibuk menerima undangan menyanyi.


Foto: IG

"Saya tahu jadual tahun ini memang agak padat sikit. Inilah cabaran yang perlu saya hadapi sebab memilih untuk menyanyi di usia muda.

"Mungkin akan perlahankan sedikit kerjaya seni tetapi saya tidak boleh berhenti terus. Kenalah susun jadual dengan baik sebab sekarang sudah tingkatan lima.

"Jika ada tawaran kerja yang mengganggu jadual sekolah saya tidak akan ambil," katanya kepada mStar.



Tambah Zaki meskipun perjalanan kerjaya kini semakin baik selepas bergelar juara program Famili Duo lalu, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.

Bahkan anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sudah menyusun strategi baik dengan memulakan kelas tambahan supaya tidak ketinggalan.



"Syukur kerana program Famili Duo telah menjadi pentas untuk saya tonjolkan diri dalam bidang seni. Tawaran persembahan pun semakin banyak selepas bergelar juara.

"Kalau dahulu sebulan nak dapat satu tawaran pun susah, sekarang ini sampai ada dua tawaran sehari. Rezeki semakin baik dalam kerjaya seni.

"Saya faham di kala kerjaya tengah naik ini, pelajaran juga kena utamakan sebab nak SPM. Sebab itu saya ambil kelas tambahan supaya tidak ketinggalan," jelasnya.



Dalam masa sama, Zaki juga kini lebih mementingkan kesihatan diri kerana tidak mahu kejadian pengsan di sekolah seperti sebelum ini berulang lagi.

"Sebelum ini di sebabkan tidak menyusun jadual dengan baik, badan saya jadi letih sehingga pengsan di sekolah.


"Apabila sudah banyak tawaran sekarang ini saya pun lebih tahu menjaga diri supaya kesihatan tidak terabai, tak mahulah kejadian sama berulang lagi," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-3-2023 12:23 PM
macamni la bagus dikkk... job industri hiburan dan pelajaran pun balance... sauk je mana2 job semampunyaa time tengah hangat ni... nanti dah sendu jadi lah macam kim propa yang kulu kilir letak sticker nak katup aurat peminat... hujung2 duk menonggeng tengok konsert black pink yang duk menari tonggang tonggeng jubo...
Quote Kurex 27-3-2023 12:59 PM
Comel budak ni...
Quote rosedemon 27-3-2023 02:18 PM
Muka jambu jamal

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048556 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top