Ibu Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang tadi, akibat sakit tua.
Isteri M Nasir, Datin Marlia Musa berkongsi berita sedih itu di Instagram (IG), kira-kira sejam lalu.
"Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Meninjau ruang komen, ramai pengikut dan teman industri komposer dan penyanyi itu mengucapkan takziah kepada M Nasir dan Marlia serta mendoakan mereka tabah menghadapi ujian.
Antara selebriti yang menzahirkan ucapan takziah adalah Alif Satar, Elly Mazlein, Nad Zainal dan Haiza Hanafi.
M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Sumber: BH ONLINE
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My