CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias kena bayar RM300,000, rakan kongsi pecah amanah

26-3-2023 03:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 658| Komen: 3|Original author: Tatod


Pelakon Didie Alias mendakwa pernah menanggung kerugian lebih RM300,000 apabila berlaku pecah amanah membabitkan bekas rakan kongsinya untuk menganjurkan karnival jualan, dua tahun lalu.

Didie, 51, berkata, sebagai individu yang sudah berpengalaman selama 10 tahun sebagai penganjur karnival jualan, dia akur dengan dugaan berlaku dan perlu bertanggungjawab melunaskan ganti rugi kepada usahawan yang terbabit.


"Selepas membuat laporan polis, ketika itu saya perlu membayar ganti rugi duit deposit usahawan yang terbabit untuk dua karnival iaitu di Sibu, Sarawak dan Kuala Lumpur. Jadi, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk pembayaran semula sebab malas nak fikir sangat. Biar cepat selesai.

"Saya buat perbincangan virtual secara Zoom dan beritahu semua usahawan terbabit yang saya akan ganti duit mereka. Ketika itu, saya perlu membayar ganti rugi lebih RM300,000," katanya ditemui pada majlis sidang media Stylofest Mega Raya 2023, baru-baru ini.


Didie berkata, dia bersyukur dapat melunaskan ganti rugi kepada 130 usahawan di Borneo itu secara berdikit-dikit dengan rezeki hasil titik peluh kerja yang dikumpulkannya.

"Memanglah hampir-hampir nak bergaduh juga, tapi saya usaha tangani masalah itu secara 'gentle' dengan memaklumkan kepada semua usahawan itu yang saya tak akan lari ke mana-mana dan saya ada saja di mana-mana.

"Saya akan ganti, tapi secara berperingkat. Ketika itu, saya memang tak boleh buat pembayaran terus. Alhamdulillah, segala usaha gigih saya untuk menyelesaikan ganti rugi sepenuhnya berhasil pada Ogos tahun lalu," katanya.

Didie berkata, kini dia hanya menjadikan suaminya, Norisham Ismail sebagai rakan kongsi untuk karnival jualan dianjurkan.

Katanya, dia mula menganjurkan karnival Stylofest pada November tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.


Didie berkata, dia tidak mahu berputus asa dengan apa yang berlaku sebelum itu.

Jelasnya, ini kerana hubungan dengan semua usahawan sudah dijalin baik dan rapat sebagai satu keluarga besar.

Sehubungan itu, Didie kini amat teruja untuk menganjurkan Stylofest Mega Raya 2023 pada 14 hingga 17 April ini selama 73 jam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Antara barisan selebriti yang menyertai ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Shaheizy Sam, Adira, Nad Zainal, Ayda Jebat, Zul Huzaimy, Nubhan Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Fikry Ibrahim, Along Cham, Zalif Sidek dan ramai lagi.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sazreena 28-3-2023 01:13 PM
Masyuk nek didie ni...kalau tak masyuk soheh la ding dong sana sini sampai kena jual sambal / rendang nak cover balik payment. Organizer berjaya nampaknye nek didie.
Quote OyenLemas 26-3-2023 10:16 PM
kesiannya. semoga dipermudahkan urusan
Quote Perawankota 26-3-2023 09:21 PM
Byk jugak income lady gaga nih

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040171 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top